6 Makanan Khas untuk Anak kurang Makan

Anak yang enggan makan memang menimbulkan kebimbangan pada ibu bapa. Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Masalah kurang berat badan mungkin terjadi apabila anak ada masalah tersebut.

Disamping itu, anda juga perlu memeriksa punca dan sebab kenapa dia tidak mahu makan atau memilih makan.

1- Adakah dia mempunyai masalah gigi. Gigi yang rosak atau berlubang menyebabkan kesakitan semasa makan.

2- Mungkin juga dia bosan dengan makanan yang diberikan.

3- Kanak-kanak tersebut terlalu aktif bermain.

4- Dia tidak seronok kerana tidak mempunyai kawan untuk makan bersama.

5- Tidak berselera untuk makan. Mungkin tekaknya sakit atau dia merasa tidak sihat. Cuba periksa suhu badannya dan bawa dia untuk pemeriksaan sekiranya badannya panas.

Berikut adalah panduan yang boleh diikuti sekiranya anak anda mengalami masalah berat badan.

Makanan khas anak kurang berat

1 – Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.

2 – Roti boleh dihidangkan bersama marjerin dan mentega kacang.

3 – Biskut kraker boleh dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.

4 – Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.

5 – Telur rebus dihidangkan bersama mayonis, keju dan mentega.

6 – Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.

Cuba anda berikan pada anak anda. Mungkin dengan cara ini anak anda akan lebih berselera makan. Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

(Visited 151 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!