6 Punca Berat Badan Bertambah di Tempat Kerja

Memang tidak dinafikan ketika terlalu menumpukan perhatian dan tenaga kepada pekerjaan kita akan cepat merasa lapar. Mulut ni rasa nak mengunyah je kerjanya. Dapat kuaci pun jadilah, ralit je mulut nak menggigit kuaci tu sampai habis.

Ni pengalaman Jida sendiri tau, suka sangat ambil makanan merapu-rapu semasa tengah bekerja. Snacking time la konon kan. Sekali ambil kau, berkilo-kilo naik. Dan Jida rasa masalah sebegini bukan sahaja terjadi pada Jida sahaja, tapi ramai juga orang diluar sana yang bekerja dan mengalami masalah sama.

Punca Berat Badan Bertambah di Tempat Kerja

punca berat naik kerja-01

Ketika lapar, gula di dalam darah akan menurun dan seterusnya menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir baik dan mula mencari makanan segera seperti snek. Jika tidak dikawal dengan baik dan dibiarkan berlarutan, maka terjadilah penambahan berat badan yang tidak diingini.

Antara beberapa penyebab berat bertambah di tempat kerja adalah seperti berikut:

1- Tekanan punca berat badan bertambah

Banyak jenis tekanan yang boleh berlaku di tempat kerja seperti bebanan kerja yang banyak, masa kerja yang panjang dan sikap rakan sekerja yang tidak baik boleh menimbulkan suasana yang tidak seronok untuk bekerja.

Terdapat segelintir individu menjadikan makanan terutamanya snek sebagai terapi ketika sedang tertekan. Elakkan makan snek ringan seperti jajan, coklat atau kerepek ketika tertekan. Sebaliknya tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan sebanyak lima hingga sepuluh kali.

2- Makan di luar punca berat badan bertambah

Ketika makan di luar, anda tidak dapat menganggarkan jumlah kalori makanan yang disediakan. Seeloknya masak sendiri makanan di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja, pasti lebih menyihatkan serta menjimatkan.

3- Makan tidak ikut jadual punca berat badan bertambah

Jika terlalu sibuk bekerja, mungkin ada yang terlupa untuk makan atau makan lewat. Sebenarnya apabila terlalu lapar pasti selera makan akan bertambah. Sebaiknya makan ikut jadual tepat pada waktu walaupun sekadar mengalas perut dengan roti, yogurt atau biskut oat. Elakkan makan makanan segera seperti mi segera.

4- Majlis keraian punca berat badan bertambah

Majlis keraian seperti sambutan hari lahir rakan sekerja atau kenaikan pangkat sering diadakan di tempat kerja. Pelbagai makanan disediakan seperti pizza atau kek. Jika setiap bulan lebih dari lima kali sambutan, pasti banyak kalori yang masuk ke dalam badan anda. Sentiasa kawal selera makan anda.

5- Pelawaan rakan sekerja punca berat badan bertambah

Adakalanya rakan sekerja akan mempelawa anda makan bersama makanan yang dibawa oleh mereka seperti kek atau coklat yang lazat. Tidak salah merasa sedikit bagi menjaga hati rakan anda, namun jangan makan berlebihan.

6- Tidak Aktif dan Kurang Bergerak

Apabila anda fokus bekerja, anda langsung tidak berganjak dari kerusi sehinggalah waktu rehat tiba. Itu memang bagus, tetapi sesekali bangunlah dari tempat duduk dan berdiri sambil melakukan regangan. Ambil masa 2-3 minit untuk melakukan senaman ringkas ditempat duduk. Adalah juga lemak-lemak yang hilang jika anda lakukannya setiap hari.

Bila anda dah tau punca-punca mengapakah berat badan bertambah ditempat kerja ni, bolehlah anda cuba pula untuk mengawal masalah ini dari berterusan. Inshaallah, sekiranya anda ada niat untuk mengekalkan berat badan sihat dan seimbang, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Baca juga artikel ini —>>> Cara Jida Untuk Kekalkan Berat Badan.

Baca juga artikel ini —>>> Cara Jida Untuk Kekalkan Berat Badan.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “6 Punca Berat Badan Bertambah di Tempat Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!