6 Tips Mengurangkan Sakit Senggugut yang Datang Setiap Bulan

Setiap wanita tidak mengalami rasa kesakitan yang sama apabila datang haid. Ada yang teruk , ada juga yang biasa-biasa sahaja. Malah, ada juga wanita yang mungkin bertuah tidak kena senggugut langsung.

Simptom Senggugut

  • Sakit mengcengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis.
  • Sakit tersebut boleh melarat ke bahagian pinggang dan paha.
  • Sakit senggugut boleh disertai dengan simptom sampingan seperti sakit kepala, loya, muntah, muntah, sembelit atau cirit birit.
  • Malah ada juga yang rasa seperti nak pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen.

set senggugut shaklee

Tips Mengurangkan Sakit Senggugut

1- Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Sebagai seorang muslimah, anda boleh perbanyakkan berzikir dan berdoa supaya diberi kesembuhan dari senggugut yang dialami.

2- Awasi garam dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makanan seperti ini beberapa hari sebelum kedatangan haid.

3- Gunakan pad pemanas
Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

4- Minum Air Suam.
Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih , campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.

5- Urutan
Urutan mampu untuk melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan membuat urutan secara lembut pada perut. Ada juga petua orang lama yang menggunakan bawang merah yang ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

6- Amalkan Suplemen Tambahan secara konsisten untuk mengatasi masalah Senggugut .

Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan adalah perlu bagi meringankan simptom senggugut.

Senggugut adalah satu ujian kecil yang di datangkan Allah untuk menguji seorang wanita di saat datang period. Namun begitu, sakitnya hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Walau apapun, hadapinya dengan tabah dan redha. Sesungguhnya setiap ujian yang dihadapi ada pahala yang tercatat. Insha Allah.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan semoga sudi meninggalkan pandangan atau berkongsi pengalaman di ruangan komen di bawah. Terima Kasih daun keladi.

* RUZIDAH *

013-6691930

(Visited 557 times, 10 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!