6 Tips Penjagaan Tangan Agar Sentiasa Cantik

Penjagaan bahagian tangan juga sama penting dengan penjagaan kulit muka. Orang boleh mengagak berapa usia kita dengan melihat keadaan kulit tangan. Ini kerana, penuaan biasanya berlaku pada kulit bahagian tangan sebelum terjadi muka.

tangan yang berkedut

Bagaimana nak menjaga kulit tangan agar kekal cantik dan muda. Beberapa tips yang Jida senaraikan berikut mungkin boleh membantu menjaga kulit tangan anda.

tips penjagaan tangan

Penjagaan Kulit Tangan #1 – Pakai Pelembap Secara Konsisten.

Seperti muka, kulit tangan juga memerlukan kelembapan yang baik. Kulit yang kering dan kasar akan mempercepatkan proses penuaan.

Klik sini untuk mengetahui krim tangan yang sesuai untuk anda. >> Krim Untuk Kulit Kering.

guna pelembap mostuirizer

Penjagaan Kulit Tangan #2 – Gunakan Skrub 

Jadikan rutin mingguan untuk melakukan skrub pada tangan dengan bahan yang sesuai. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan bahan semulajadi seperti ini untuk melakukan skrub tangan anda. >> 7 Bahan Dapur Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menghaluskan Kulit.

skrub tangan

Kebaikan proses skrub ini ialah anda dapat membuang sel kulit mati pada tangan dan menghaluskan bahagian tangan yang kasar.

Penjagaan Kulit Tangan #3 – Pakai Sarung Tangan

pakai sarung tangan basuh pinggan

Banyak benda yang kita lakukan dengan menggunakan tangan. Salah satunya adalah berkebun, basuh baju dan cuci pinggan.

Semasa melakukan semua ini, tangan kita terdedah dengan bahan kimia dan kotoran yang mungkin boleh merosakkan kulit. Oleh itu, sediakan sarung tangan yang sesuai apabila anda melakukan aktiviti yang berkenaan.

Penjagaan Kulit Tangan #4 – Jangan Gunakan Air Panas Untuk Membasuh Tangan.

Penggunaan air yang terlalu panas boleh merosakkan kulit. Sebaiknya, guna air pada suhu biasa atau suam-suam sahaja untuk membasuh tangan.

cuci tangan

Begitu juga dengan penggunaan sabun biasa pada tangan adalah tidak digalakkan. Gunakan sabun pencuci tangan yang ada dijual difarmasi.

Penjagaan Kulit Tangan #5 – Lakukan Urutan Tangan

urut tangan

Jadikan rutin 5 minit sebelum tidur untuk melakukan urutan pada tangan untuk memastikan pelembap yang digunakan meresap secara sekata.

Sekiranya kulit tangan anda terasa terlalu kasar, boleh campurkan pelembap yang anda gunakan dengan sedikit ‘Vaseline’ untuk menjaga kelembapan sepanjang malam.

Penjagaan Kulit Tangan #6 – Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang

Apa yang anda makan sangat penting. Makanan yang mengandungi Protein, Vitamin B dan Vitamin E harus menjadi sebahagian daripada rutin di dalam diet anda. Nutrisi-nutrisi ini akan menjadikan badan anda lebih sihat, kuku lebih kuat dan kulit tangan lebih lembut dan cantik.

Penjagaan kulit tangan anda akan menjadi lebih baik sekiranya anda menjadikan tips ini sebagai rutin kecantikan anda. Selamat mencuba ya!

(Visited 67 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “6 Tips Penjagaan Tangan Agar Sentiasa Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!