6 Tips Petua Murah Rezeki

Rezeki setiap orang yang hidup di dunia ni memang tidak sama. Ada yang rezekinya sentiasa melimpah, ada juga yang cukup-cukup makan sahaja. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah juga. Apa yang penting kita sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam apa jua yang kita lakukakan.

Ada beberapa tips murah rezeki yang Jida ambil daripada mentor yang Jida suka follow selama ini. Orangnya sangat merendah diri dan tidak sombong walaupun dia adalah golongan yang senang dan berpendapatan tinggi. Alhamdulillah, sikit-sikit Jida ikut apa yang diamalkannya selama ini. Antaranya seperti :-

1. Solat sunat dhuha 4-12 rakaat.
Rakaat yang terakhir amalkan baca ya wahhab 41kali dalam hati dan doa apa yang dihajatkan.

2. Hadiahkan ( jika masih hidup) atau sedekah ( jika dah meninggal dunia) bacaan Yassin setiap pagi atau bila-bila senang untuk mak ayah.

3. Sedekahkan Al Fatihah atau yassin pada ahli keluarga yg telah meninggal dunia sekali sehari.

4. Doa yang baik-baik utk orang lain adalah hadiah tersembunyi.

5. Bagi kucing makan.

6. Baca Al Fatihah bila lalu kat kubur.

Ini antara yg mudah dan boleh dan mampu di buat oleh semua orang. Ikhlaskan diri kita supaya sentiasa istiqamah dalam mengamalkannya. Jangan mudah berputus asa dan berdoa kepada-Nya selalu. Insha Allah, Allah tidak akan menyempitkan rezeki pada umat-Nya yang bertakwa.

Semoga Bermanfaat.

(Visited 30 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!