6 Tips Yang Best Untuk Dapat Kulit Flawless Dan Senang Make Up

Demi menutup segala macam masalah kulit yang ada di muka, dah berapa banyak foundation yang kita terpaksa letak kat muka. Make up pun pakai berlapis-lapis dah demi nak nampakkan muka kita cantik dan flawless je. Susah kan bila terpaksa buat macam tu?

Nak kulit flawless dan senang make up?Ada caranya.

tip senang makeup flawless

Tips #1 – Menjaga Kebersihan Kulit Wajah

Langkah pertama yang paling penting dalam penjagaan kulit adalah menjaga kebersihannya. Sebaik-baiknya mulakan rutin ini sedari remaja, ini kerana pada saat tersebut, anda sudah mula mempunyai banyak aktiviti diluar sehinggakan kulit wajahpun seringkali terdedah dengan debu, kotoran dan peluh.

Namun begitu, jangan risau. Sekiranya anda tidak begitu menjaga kulit pada zaman remaja, masih belum terlambat untuk jadikan rutin mencuci wajah dua kali sehari sebagai amalan harian.

Kenapa kena bersihkan muka hari-hari? Sebabnya jerawat akan muncul pada kulit yang tidak bersih dan mempunyai liang pori tersumbat dan berminyak. Nak kulit flawless dan mudah make up, kenalah rajin buat tips 1 ni dahulu.

Untuk Jida, pencuci muka yang menjadi pilihan hati Jida sekarang adalah Youth Lominous Gel Oil Cleanser. Kenapa Jida suka dengan pencuci muka ni? Sebab, first sekali ramuannya semulajadi, 100% dari tumbuh-tumbuhan. Of coz la, even kulit sensitif pun sesuai sangat pakai. Second, sebab ia lembut dan tidak menegangkan kulit selepas di cuci. Rasa bersih je. Dan banyak lagi reason kenapa Jida setia pada pencuci muka yang satu ni. >> Youth Lominous Gel Oil Cleanser.

Oh ya, bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif, boleh baca tips memilih pencuci muka yang Jida pernah tulis di entri terdahulu. Baca disini ya!  >>> TIPS-TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA BAGI KULIT SENSITIF.

Tips #2 – Gunakan Sunblock atau Sunscreen

Aktif berolahraga, bersukan dan lain-lain aktiviti luar memang bagus untuk kesihatan. Namun, yang dapat menjadi kurang menyenangkan adalah kulit wajah anda akan menjadi kusam atau terkena sunburn.

sunburn

Maka dengan itu, anda dinasihatkan supaya menggunakan sunblock atau sunscreen sebagai krim pelindung dari sinar matahari apabila berada ditempat yang terbuka atau terdedah dengan cahaya matahari yang terik.

Sapukan krim pelindung sinar uv pada wajah, tangan, dan kaki. Selain itu, pastikan juga bahawa krim pelindung yang anda gunakan memiliki kandungan SPF yang tinggi, sehingga krim tersebut dapat melindungi kulit lebih lama. Nak tahu apa krim pelindung uv yang terbaik? Jom klik sini >> Krim Pelindung UV, Bebas Bahan Kimia Berbahaya.

Tips #3 – Mengambil Air Kosong Secukupnya.

Air kosong

Cuba kira berapa gelas sehari anda minum air kosong setiap hari? Paling bagus, amalkan 8 gelas air setiap hari.

Ini kerana air kosong sangat penting peranannya dalam pertumbuhan tubuh anda yang masih remaja. Air putih menyumbang kepada kelancaran sistem di dalam tubuh anda, termasuk metabolisme tubuh.

Banyak manfaat yang boleh anda perolehi apabila mengamalkan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari. Kulit anda menjadi lebih lembap dan tegang apabila minum cukup air. Untuk mengetahui lebih lanjut manfaat minum air kosong, jemput baca di entri Jida yang terdahulu.

Tips #4 – Gunakan Masker Wajah

Skrub kopi

Masker wajah yang memiliki kandungan vitamin serta mineral yang sangat baik untuk kulit adalah langkah berikutnya untuk merawat kulit anda yang masih remaja. Anda tak perlu membeli produk masker wajah yang berharga mahal di farmasi. Namun sebaliknya anda boleh melakukannya sendiri dirumah menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Selain menjimatkan wang, ianya juga senang untuk dibuat sendiri dan menggunakan hanya bahan semulajadi.

Berikut Jida sertakan pautan yang boleh anda cuba untuk membuat masker anda sendiri.

>> Masker Daripada Bahan Semulajadi

**Rutin ini biasanya dilakukan dua kali atau sekali seminggu sahaja.

Tips #5 – Pastikan Tiada Kekotoran Pada Wajah Sebelum Tidur

cuci tangan

Langkah perawatan yang terakhir adalah membersihkan wajah anda sebelum pergi tidur. Langkah ini merupakan hal yang sangat penting untuk dilakukan, kerana tidur adalah saat di mana kulit melakukan regenerasi sel paling besar selama sehari.

Adalah sangat rugi jika anda tidur dengan kondisi wajah yang kotor kerana proses regenerasi sel kulit wajah dapat menjadi terbantut. Terutamanya jika anda sudah mencuba-cuba untuk menggunakan make up di siang hari.

Lapisan bedak, foundation, maskara dan sebagainya tidak sepatutnya ada ketika anda tidur. Maka, pastikan wajah anda bersih ya sebelum tidur.

Kalau ikut cara Jida, mula-mula Jida akan cuci muka dengan Youth Lominous Gel Oil Cleanser, kemudian Jida akan pakai toner pula untuk double cleansing kan muka. Penting tau yang ni, sebabnya bila kita cuci muka dengan cleanser, sebenarnya masih ada lagi sisa kotoran di muka. Sebab tu kena pakai toner supaya wajah kita lebih bersih. Kemudian, bila nak tidur Jida akan pakai krim malam pulak. Inshaallah, kulit akan menjadi lebih lembut bila anda bangun pagi tu.

Tips #6.  Ambil suplemen tambahan.

Kulit yang cantik memerlukan nutrisi yang secukupnya. Dalam pemakanan seharian adakah anda rasa anda telah mengambil nutrisi yang mencukupi? Protein, vitamin C dan vitamin E adalah diantara vitamin-vitamin yang perlu untuk kulit yang sihat dan cantik.

Jadi, adalah digalakkan untuk anda mengambil suplemen tambahan untuk membantu anda mendapatkan kulit yang cantik. Cuma, kalau boleh pilihlah makanan tambahan yang semula jadi dan selamat seperti ini >> Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu. 

Nak cantik tu memang boleh. Tapi kita tak nak cantik dengan cara yang salah. Jangan terlalu teruja dengan kesan yang cepat takut dikemudian hari, menjadi salah satu sebab kita pulak yang merana.

Ok lah, itu sahaja tips Jida nak kongsi untuk kali ini. Semoga kulit anda akan menjadi lebih halus, lembut dan bersih bila mengamalkan rutin yang Jida senaraikan ini. Bye. Assalamualaikum

(Visited 92 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “6 Tips Yang Best Untuk Dapat Kulit Flawless Dan Senang Make Up

  1. Good tips! Akak ni, time U baru la tau tentang facial cleanser – first buy jenama M yg agak mahal, sbb dorang promote dkt asrama. Yg akak rajin guna cuma cleanser & moisturiser – toner x dpt abis. Sblm tu, guna sabun mandi lux ja sbb nmpk dlm iklan tv – jenama pilihan artis la katakan…. hahaha! Nasib baik kulit x apa2.
    Zurainny Ismail recently posted…Tea Bird Tea – Teh IstimewaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!