7 Bahan Dapur Yang Boleh Anda Guna Untuk Tampil Cantik

Bahan-bahan masak yang ada di dapur sebenarnya boleh juga dijadikan bahan kecantikan untuk kita. Itulah rahsia suri dapur yang bijak dalam menggunakan bahan-bahan sedia ada.

Selain digunakan untuk tujuan memasak, bahan-bahan basah atau kering di dapur boleh dimanfaatkan untuk menjaga kecantikan anda juga. Berikut adalah senarai bahan dapur yang boleh anda gunakan untuk tampil cantik.

bahan dapur petua cantik

Bahan Dapur #1 – Timun
Kulit wajah yang kasar sering menimbulkan keresahan terutamanya bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh membantu mengatasi masalah ini dengan menjadikan ia sebagai masker.

Caranya adalah dengan memarut hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokkan  harinya. Di samping itu, timun juga sedap di makan sebagai ulam  atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

Ia mengandungi lycopene yang tinggi yang mana boleh menjadikan wajah merah berseri terutamanya di sekitar pipi.

Bahan Dapur #2 – Putih telur
Masker putih telur merupakan salah satu cara mengatasi wajah berminyak yang cukup efektif. Caranya pun cukup mudah, pertama ambil satu biji telur dan ambil bahagian putihnya saja. Setelah itu, oleskan secara menyeluruh pada wajah anda. Setelah dioleskan putih telur pada wajah, biarkan selama 30 minit atau sehingga masker kering. Tarik masker secara perlahan-lahan kemudian barulah bilas wajah anda dengan air suam sehingga bersih.

Bahan Dapur #3 – Serbuk Kopi

Serbuk kopi yang dijadikan sebagai skrub boleh membantu sebagai pengelupas semulajadi kulit wajah, menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit muka anda berasa segar dan lembut. Selain itu, skrub kopi ini membantu dalam masalah selulit dan ia boleh disapu pada tumit kaki yang pecah-pecah.

Bahannya sangat mudah iaitu serbuk kopi, sedikit gula dan madu. Semuanya dicampur dalam satu bekas dan digaul hingga sebati. Selepas itu bolehlah di sapu pada tempat-tempat yang bermasalah.

Bahan Dapur #4 – Teh

Teh mampu menghilangkan bau kaki yang kurang enak. Rendamlah kaki dalam besen yang telah diisi air suam dan hampas teh, selama 10 minit.

Bahan Dapur #5 – Santan Kelapa

Untuk menguatkan dan melebatkan rambut, amalkan menyapu pati santan kelapa (seelok-eloknya guna kelapa tua) pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Sebaik-baiknya amalkan petua ini seminggu sekali.

Bahan Dapur #6 – Lemon

Lemon sangat baik untuk mengecutkan jerawat dan merawat kulit berminyak. Hanya titiskan perahan 1 buah lemon pada jerawat dan jerawat akan segera kecut. Disebabkan lemon adalah buah yang berasid, maka lakukan ini hanya 1 kali dalam 2 minggu sahaja.

Bahan Dapur #7 – Kentang

Bahagian lutut dan ketiak adalah bahagian yang senang nampak hitam andai tidak dijaga dengan baik. Sekiranya anda mahu elakkan ketiak atau lutut makin hitam, gunakan hirisan kentang yang sudah dipotong.

Sapu ia di bahagian ketiak atau lutut yang hitam kerana kentang mempunyai agen pemutih secara alami di dalam nutriennya. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu.

Kesemua senarai di atas adalah bahan biasa yang kita gunakan untuk memasak dan senang untuk diperolehi di kedai. Apakata selepas ini kita praktikkan penggunaan bahan-bahan seperti ini pula untuk menjaga. Selain menjimatkan wang, bahan-bahan yang digunakan juga adalah semulajadi dan selamat. InshaAllah.

Jadi apa tunggu lagi? Selamat mencuba.

(Visited 101 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!