7 cara kawal perilaku Anak di Pusat Membeli-Belah

Assalamualaikum w.b.t

Ibu mana yang tidak suka masa membeli-belah. Membeli belah ibarat terapi buat ibu untuk melepaskan stress setelah penat bekerja.  Tetapi, apabila diselangi dengan insiden tak best seperti anak meragam, anak terlepas pandang sampai hilang, makin bertambah-tambahlah stress si ibu. Tak payah cerita pasal anak orang lain, anak Jida yang sulung, si Dayana pun pernah buat hal di pusat membeli-belah. Puncanya, sebab dia tidak dibenarkan membeli belon di sebuah kedai yang ada di dalam pusat membeli belah tersebut. Meraung-raung sehingga papanya terpaksa ‘angkut’ dia masuk ke dalam kereta. Itupun, tak habis-habis juga menangis sampai ke rumah.

cara kawal perilaku

 

Di sini terdapat beberapa tip mudah yang boleh diaplikasikan untuk mengawal perilaku si kecil anda ketika berada di pusat membeli belah. Ia bukan sahaja mengawal anak anda daripada cedera ataupun hilang, malah anda boleh membeli belah dengan tenang. Seronok bukan? =P

1- Sebelum memulakan perjalanan ataupun meninggalkan rumah, pastikan si kecil diberi makan. Ini sangat penting, perut yang lapar boleh menyebabkan anak meragam di sana nanti. Kadang-kadang, bagi anak yang kecil mereka tidak tahu nak mengekspresikan yang mereka tengah lapar dengan perkataan tetapi sebaliknya meluahkannya dengan perilaku yang kita tidak suka. Sekira perutnya kenyang, anak anda pasti akan berkelakuan baik.

happy shopping

 

2. Seeloknya, ceritakan dulu tentang perancangan anda semasa membeli belah. Pastikan mereka tahu apa yang akan dilakukan sepanjang hari supaya nanti dia tidak terpinga-pinga sepanjang perjalanan. Dan cakaplah dengan nada yang lembut supaya si kecil mudah menerima apa yang ingin disampaikan. Contoh: “Sekejap lagi mama nak beli baju raya, Dayana ikut mama ya. Kita pilih baju raya cantik-cantik kat sana nanti?

3. Berikan mereka satu tanggungjawab seperti menjaga adik yang lebih kecil. Secara tidak langsung si kecil akan menjaga perlakuan mereka  dan mengingati pesanan yang diberikan oleh anda. Malah, dengan cara ini juga , ia membuatkan diri mereka lebih besar dan matang. Seperti Dayana contohnya, dia suka berjalan sendiri, tak suka diletakkan di dakam troli. Maka, Jida suruh saja dia tolak troli. Bersungguh-sungguhlah nanti dia menolak walaupun sebenarnya Papanya yang tolak lebih banyak  =). Adiknya Dalili pulak, terpaksa redha je lah duduk dalam troli. Yelah, masih kecil lagi. Tapi, nasib baik dia pun behave je. Jadi, senanglah mama shopping.

4. Mak-mak atau pak-pak, sila control kemarahan anda sepanjang proses membeli belah. Jadikan ia satu perjalanan yang menyeronokkan. Biarkan suasana gembira berlangsung sepanjang anda keluar bersama. Elakkan memberi tekanan dan juga memarahi mereka kerana bimbang mood mereka berubah. Dengan perasan sebegini, sikecil mudah mendengar kata. Taktik Jida untuk bagi mood mereka OK sebelum boleh memulakan shopping ialah biarkan mereka bermain di tempat-tempat permainan yang ada di dalam pusat membeli-belah itu. Ambil hati mereka dulu, dalam 15-20 minit, biarkan mereka bermain, selepas itu barulah bawa mereka bershopping.

5.  Biarkan si kecil turut merasa keseronokan membeli belah bersama. Macam contoh Jida tadi. Jida nak beli baju raya. Jadi, Jida tanya pendapat Dayana samada baju tu dia suka atau tidak.  Biarkan dia ambil bahagian. Walaupun akhirnya, keputusan tema baju raya , mama yang pilih, just tanya je dia. Barulah dia excited shopping sama-sama. Jangan sesekali menghalang idea yang diberikan si kecil. Jika tidak sesuai, nyatakan dengan lembut dan bagi alasan mengapa barangan itu tidak diperlukan dan tidak boleh dibeli.

6. Jadilah ibu-bapa yang prihatin. Sentiasa bertanyakan si kecil samaada mereka perlu ke tandas ataupun mereka nak makan atau minum. Elakkan daripada membiarkan diri mereka rasa terpinggir kerana itulah menyebabkan mereka akan menarik perhatian dengan melakukan aktiviti yang menduga kesabaran anda.

7. Berikan pujian  kepada si kecil selepas pulang daripada membeli belah kerana berjaya memberi tingkah laku yang baik sepanjang berada di luar. Mereka pasti inginkan sesuatu balasan untuk kita menghargai apa yang telah mereka lakukan.

Semoga Tips ini Bermanfaat untuk anda.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 687 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!