7 Cara Mengatasi Mata Merah dan Gatal Pada Orang Dewasa

Semenjak dua tiga hari ni, boleh dikatakan setiap hari mata Jida akan merasa gatal-gatal dan kadang-kadang sampai merenyut-renyut (betul ke bahasa ni!) gatalnya. Bila dah geram sangat dengan tahap kegatalan mata ni, terus lah kena genyeh kuat-kuat. Sampai merah-merah rasanya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan mata anda merah dan gatal-gatal. Antaranya adalah disebabkan oleh alahan dengan makanan tertentu, tidur yang tidak mencukupi, infeksi bakteria, habuk dan juga beberapa faktor lain.

Mata gatal dan merah

Sebenarnya, kalau anda gatal-gatal mata, tak mau lah matanya ditenyeh-tenyeh macam Jida tu. Hehe. Jangan tiru ye. Seeloknya, anda ikutlah panduan yang ada seperti kat bawah ni. Lebih selamat dan dapat juga mengelakkan iritasi pada mata.

Cara #1 : Hirisan timun

Hiris tipis timun yang dingin dan letaklah di atas mata sehingga airnya kering. Cara ini boleh membuatkan mata lebih relaks dan segar. Lakukan beberapa kali sehingga mata menjadi lebih lega.

Cara #2 : Hirisan Kentang

Caranya adalah sama dengan timun juga cuma bezanya anda gunakan hirisan kentang dingin untuk diletakkan di atas mata. Efek sejuk akan memberi kesegaran pada mata anda. Bestkan?

Cara #3 : Lihat warna hijau

Cara ini juga dapat membantu merehatkan mata yang penat. Keluarlah dari bilik dan pandanglah rumput atau pokok-pokok hijau diluar.

Warna hijau dipercayai dapat merehatkan mata anda. Kalau tak ada pokok, pandang je lah wallpaper hijau kat laptop anda tu..?

Cara #4 : Kawal pencahayaan Di ruangan kerja

Cuba periksa pencahayaan di tempat anda bekerja atau belajar. Adakah terlalu terang atau terlalu malap? Sekiranya ada faktor ini, cuba tukar kepada kadar kecerahan yang lebih sesuai.

Mata menjadi cepat penat dan seterusnya sakit apabila berhadapan terlalu lama dengan cahaya yang tidak sesuai.

Cara #5 : Basuh kelopak mata dengan air hangat

Di kelopak mata kita ni ada habuk-habuk halus dan kotoran yang kita tidak nampak. Benda-benda kecil ini mudah masuk ke dalam mata dan menyebabkan keradangan.

Oleh itu, anda juga boleh mencuba cara ini untuk membersihkan bahagian kelopak mata agar lebih bersih dan segar. Sediakan satu besen yang berisi air suam dan seterusnya rendam muka sedikit ke dalamnya. Pastikan anda membersihkan kelopak mata dengan air tersebut sebaiknya.

Cara #6 : Gunakan Ubat Titis 

Anda boleh mendapatkan ubat titis mata di kedai Farmasi yang berdekatan atau di klinik biasa. Sekiranya anda ragu- ragu untuk mengambil sebarang jenis ubat, boleh lah merujuk dengan doktor dahulu.

Cara #7 : Rehatkan mata

Kadang-kadang tidur yang tidak cukup juga boleh menyebabkan mata merah dan gatal. Sekiranya anda merasa sensitif dengan cahaya, cuba rehatkan mata anda dengan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Janganlah pula nak ketagih sangat layan drama Korea berbelas episod sampai mata pun sakit.

( Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri ).?

Kalau cara di atas tidak berjaya dan mata masih gatal dan berair, ambik je alfalfa dan vitamin C setiap hari. InshaAllah, masalah mata gatal, merah dan berair dapat di atasi.

Ok, sekiranya anda rasa tips yang Jida kongsikan hari ini dapat membantu anda, jangan lupa klik Like dan Share ye. Terima Kasih kerana sudi membaca.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!