7 Cara Mengurangkan Bau dan Keputihan Pada Faraj Wanita

Keputihan berlaku disebabkan oleh pembiakan bakteria jahat, kuman dan kulat pada organ intim wanita. Bagi sesetengah orang yang mengalami keputihan yang agak teruk akan merasa tidak selesa untuk bergerak aktif sepanjang hari. Ini kerana bahagian faraj akan merasa gatal dan boleh menyebabkan bau pada seluar dalam.

Oleh sebab itu, untuk entri kali ini Jida nak kongsikan beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah keputihan.

cara mengatasi keputihan rawatan petua

1. Menjaga kebersihan diri

Gunakan air untuk mencuci faraj anda  setiap kali selepas menggunakan tandas. Anda boleh juga mencuci faraj anda dengan menggunakan sabun khas beberapa kali sehari.

Pastikan kawasan faraj anda bersih dan kering selepas setiap kali cucian. Seeloknya juga, bersihkan bulu kemaluan anda agar sentiasa pendek supaya kuman tidak dapat membiak.

2. Pilih seluar dalam jenis kapas

Pilihan pakaian dalam yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca masalah keputihan menjadi lebih teruk. Contohnya, pemakaian seluar dalam jenis sintetik yang terlalu ketat adalah tidak sesuai. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Seeloknya, pakailah seluar dalam jenis kapas dan menukar setiap hari atau lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Pemakaian ‘pantyliner’ juga dapat membantu supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

3. Tukar pad dengan kerap ketika haid

Ketika haid, wanita seharusnya kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah haid boleh menjadi medium yang sesuai untuk kuman membiak. Kebersihan yang rapi perlu dilakukan supaya faraj anda tidak gatal atau naik ruam.

4. Daun Sirih

Cara menghilangkan keputihan dengan daun sirih juga sudah terkenal. Buktinya adalah dengan banyaknya produk pembersih miss V yang menggunakan ekstrak sirih. Khasiat yang terkandung didalam daun sirih juga bersifat sebagai antibakteria dan antikulat.

Bagaimana nak menyediakannya? Anda hanya perlu merebus beberapa helai daun sirih dengan 2 gelas air. Tunggu hingga air hanya tinggal setengah dan tutup api. Amalkan minum air rebusan daun sirih setiap hari.

5. Yogurt

Yogurt kaya dengan kultur hidup atau lactobacillus, yang membantu menyeimbangkan pH faraj anda ke tahap normal. Caranya cukup mudah, ambil 2 sudu yogurt asli setiap hari.

6. Cuka Epal

Cuka epal dapat membantu menyeimbangkan pH, meningkatkan jumlah bakteria baik, serta menjaga Miss V agar tidak berbau. Caranya, campur cuka epal dan satu sudu makan madu dengan segelas air suam, lalu diminum. Yang terbaik adalah lakukannya setiap hari untuk melihat hasilnya.

7. Bawang Putih

Bawang putih merupakan satu lagi bahan alami yang boleh diamalkan untuk mengatasi keputihan. Bawang putih bermanfaat kepada sistem badan kerana mempunyai khasiat yang baik iaitu sebagai anti bakteria. Anda boleh mengambil bawang putih secara rutin dengan mencampurkannya dalam makanan atau mengonsumsinya mentah-mentah.

Memang rasanya cukup pedas, akan tetapi manfaatnya sangat baik untuk tubuh. Jadi anda tidak perlu ragu untuk mengamalnya setiap hari. Lagipun, bawang putih pun termasuk cara alternatif yang cukup murah.

Sekiranya cara ini tidak juga berkesan, berjumpalah doktor yang pakar untuk masalah berkaitan dan dapatkan rawatan dari mereka. Selain itu, anda juga boleh berikhtiar dengan SET KEPUTIHAN ISTIMEWA ini. Anda boleh mendapatkannya dengan mengklik disini atau memghubungi Jida disini >> 0136691930. Terima Kasih.

(Visited 19 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Berminat ? Klik Sini
error: Content is protected !!