7 Jenis Cecair Yang Elok Bagi Mengatasi Dehidrasi Semasa Berpuasa

Sudah masuk hari kelima kita berpuasa (cepatnya…). Dan di dalam keadaan cuaca panas sebegini, dan ditambah pula dengan aktiviti yang padat sepanjang hari akan membuatkan tubuh melalui proses penyahidratan dengan cepat.

Sepanjang bulan puasa ini, Jida perhatikan rata-rata orang yang berpuasa akan berbuka dengan minum air yang banyak. Kalau boleh satu jug air itu hendak dihabiskan seorang diri. Dasyat betul! Banyak minum air tidak salah, tapi bila anda minum air manis yang banyak ketika berbuka, itu yang salah. Elok-elok kita nak jaga  kesihatan dengan berpuasa di bulan Ramadhan, dah dapat pula penyakit kencing manis dek kerana banyak sangat minum air manis ketika berbuka puasa.

Tubuh manusia terdiri 75% air, manakala selebihnya adalah pepejal.  Kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan kepentingan mengekalkan kelembapan tubuh terutamanya di bulan puasa. Apatah lagi, keperluan tubuh terhadap cecair semakin meningkat di dalam persekitaran panas di mana tubuh mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekaligus meningkatkan kadar kehilangan air.air batu sejuk

Ketahuilah, terdapat pelbagai jenis cecair boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan cecair dalam badan anda sepanjang berpuasa ini. Jadi tiada alasan bahawa anda tidak mampu mengambilnya dalam jumlah yang mencukupi. Antaranya ialah seperti :-

1. Air Kosong
Pilihan yang paling baik untuk memenuhi keperluan cecair dalam badan anda sama ada suam atau sejuk . Sehiris limau nipis yang ditambahkan ke dalam air kosong akan meberikan perubahan rasa yang pasti menyegarkan.

air kosong n limau

2. Susu
Segelas susu rendah lemak mengandungi kalsium, protein dan air. Untuk menambah rasa yang lebih enak pada susu kosong, anda boleh membuat susu kocak yang ditambah dengan buah-buahan segar, Meal Shakes dan ESP.

susu

Jom Cuba : 3 Resepi ESP Bersama Susu Dan Buah-Buahan

3. Minuman Isotonik
Ia merupakan sumber yang baik untuk menggantikan bahan elektrolit seperti kalium, klorida, natrium dan magnesium. Bagi anda yang termasuk dalam golongan aktif di bulan Ramadhan ini digalakkan mengambil minuman isotonik yang menyihatkan seperti Performance Drink.

Performance Drink

4. Jus Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Segar
Cara yang baik untuk memulakan hari berpuasa anda memandangkan ia turut menyediakan vitamin dan mineral. Paling penting untuk diingatkan ialah anda segera meminumnya sebaik sahaja ia disediakan.

jus tembikai

5. Teh
Tidak kira teh biasa ataupun teh hijau, ketahuilah ia mengandungi flavonoid. Satu lagi pilihan cecair yang menarik. Namun, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan akan memberi kesan diuretik di mana anda akan kerap membuang air kecil.

Pilihan teh yang sesuai ketika berpuasa untuk peminat teh adalah seperti Shaklee Cinch Energy Tea Mix. Shaklee Cinch Energy Tea Mix atau Teh Kurus Shaklee bukan sahaja berfungsi sebagai “metabolisma booster” tetapi berfungsi juga sebagai “energy booster

cinch tea mix

6. Sup
Pembuka mulut hidangan yang biasa dihidangkan dalam sajian Barat ini berupaya memberikan tubuh anda jumlah cecair yang baik.

sup ikan

7. Buah-Buahan dan sayur-Sayuran segar
Limau, tembikai epal, anggur, tomato dan timun adalah antara jenis buah dan sayur yang mengandungi antara 70 hinga 80 peratus air. Jadi, sasarkan untuk mengambilnya sebanyak 5 hidagan sewaktu sahur, berbuka puasa dan sebelum tidur.

oren

Mulai hari ini jom kita periksa kembali apa yang kita ambil sepanjang berbuka. Kalau rasa kurang ambil cecair untuk keperluan berpuasa sepanjang hari. Mari sama-sama ubah ke arah pemakanan yang lebih sihat, disamping memastikan tubuh badan sentiasa bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

(Visited 387 times, 10 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “7 Jenis Cecair Yang Elok Bagi Mengatasi Dehidrasi Semasa Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!