7 Kebaikan Kismis Untuk Anak

Kanak-kanak yang selalu didedahkan dengan pengambilan makanan ringan yang tidak berkhasiat berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya di usia yang muda. Sebagai ibu bapa, kita haruslah peka dan kreatif dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Antaranya adalah dengan menukarkan makanan ringan yang tidak berkhasiat kepada kudapan yang lebih bernutrisi seperti kismis. Kismis merupakan pilihan terbaik sebagai pengganti makanan ringan untuk anak kecil.

Berikut adalah beberapa kebaikan kismis yang boleh memberi faedah kepada perkembangan mereka.

kebaikan kismis anak

1.  Kismis yang kaya dengan phytonutrients dan juga antioksida dapat mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit kardiovaskular, kanser dan juga keradangan.

2. Kandungan fiber yang terdapat di dalam kismis dapat membantu mengurangkan kolestrol dan tahap trigliserida.

3. Kismis dapat memberi tenaga dengan kandungan karbohidrat yang terkandung di dalamnya. Sudah pastinya si kecil bertenaga sepanjang hari.

4. Kismis mengandungi boron iaitu sumber mineral yang dapat merangsang gelombang beta di dalam otak. Secara tidak langsung si kecil lebih menumpukan perhatian dan menjadi lebih peka terhadap sesuatu.

5. Walaupun rasanya yang manis tetapi kismis dapat menghalang gigi daripada rosak. Ini kerana kismis memgandungi asid oleanolic yang mana ia mampu membunuh bakteria yang menyebabkan kaviti dan beberapa penyakit gigi yang lain.

6. Zat besi yang terkandung di dalam kismis juga dapat memgurangkan risiko mendapat penyakit anemia.

7. Kalium dan magnesium dapat meneutralkan asid di dalam perut dan ia dapat memberi kebaikan kepada perut si kecil.

Banyakkan kebaikan menjadikan kismis sebagai kudapan untuk anak-anak. Malah, kismis juga boleh dicampurkan dalam makanan lain seperti bijirin untuk sarapan pagi. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan kismis bersama buah-buahan potong yang lain dan juga yogurt. Anak-anak pasti gembira menikmatinya. Dah la berkhasiat, sedap pula kan?

(Visited 16 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!