7 makanan dan minuman yang perlu di jauhi oleh ibu mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2010 dan 2014 adalah momen indah Jida melahirkan dua puteri kesayangan Jida (Dayana dan Dalili). Sepanjang tempoh mengandung, Jida ada juga mencari-cari info mengenai pemakanan ibu-ibu mengandung. Untuk info, bukan sahaja makanan elok untuk kandungan sahaja yang kita kena ambil tahu, yang tak elok pun kena take note juga tau. Bimbang juga kalau terambil nanti, ada kesan pula pada diri sendiri dan kandungan.

Berikut adalah merupakan 7 jenis makanan dan minuman yang perlu di jauhi oleh ibu mengandung.

mengandung_bahaya

Kenapa terdapat makanan, minuman dan ubat-ubatan tertentu semasa hamil tidak dibenarkan diambil semasa mengandung?

Jawapannya, kerana ia mungkin akan memberikan kesan-kesan sampingan sama ada kepada anda sendiri atau kepada bayi yang dikandung. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, sila rujuk kepada doktor sakit puan anda dahulu untuk mendapatkan kepastian.

Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi ialah:

1-Alkohol

Pengharaman alkohol oleh agama Islam mempunyai pelbagai hikmah. Pengambilan alkohol oleh ibu hamil telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepatnya melalui plasenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Alkohol juga memusnahkan kandungan asid folik yang penting dalam pertumbuhan awal fetus.

Artikel Berkaitan : Sebab-sebab Ibu Hamil Perlu Mengambil Acid Folik Setiap Hari

2- Kafein

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat dan sebagainya dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang anda.

Artikel Berkaitan : Ostematrix Bantu Ibu Hamil Mendapatkan Tulang Yang Kuat

3- Rokok

Merokok semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat yang rendah. Kes-kes kematian mengejut (sudden death) yang berlaku pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

Artikel Berkaitan : 17 Langkah Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur

4- Ubat-ubatan

Ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama (4 bulan pertama hamil).

5- Gula

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh meyebabkan bayi besar daripada selalunya.

Artikel Berkaitan : Info Mengenai Penyakit Kencing Manis Ketika Hamil

6- Vitamin A

Pengambilan vitamin A yang tinggi melebihi 5,000iu tidak dibenarkan semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dan sebagainya. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

7- Raksa

Mungkin kita belum pernah mendengar orang mengambil raksa (merkuri). Bagaimanapun, raksa di dapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark (jerung), tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

Semoga Artikel Ini Bermanfaat Untuk Anda. Jangan lupa Klik butang Share supaya rakan-rakan anda juga dapat membaca info ini. Terima Kasih.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua

Ruzidah Abdullah

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 1,302 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!