7 makanan untuk anak fokus di Kelas/Belajar

Perlu ibu bapa ketahui, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam membentuk daya tumpuan anak ketika di dalam kelas. Mengapa berlaku sedemikian?

Apabila anak-anak tidak mendapat nutrisi secukupnya, sel-sel otak tidak dapat bekerja dengan efektif ketika waktu pembelajaran. Secara tidak langsung ia akan menjejaskan prestasi akademik mereka.

Ketahui bahawa terdapat tujuh jenis makanan yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk membentuk tumpuan anak-anak ketika di dalam kelas.

IMG_20151108_105401_20151112093835227_20151112113537606

1. Pisang
Ia merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin B. Mengandungi khasiat yang membantu meningkatkan tenaga serta tumpuan khasnya sel-sel otak untuk bekerja.

2. Beri (Berries)
Buah-buahan jenis ini mengandungi antioksida yang berupaya mengelakkan kemusnahan sel-sel otak yang disebabkan oleh radikal bebas.

3. Avocado
Ia buah-buahan yang yang kaya dengan dengan Vitamin E yang bertindak sebagai antioksida. Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

4. Epal
Buah ini mengandungi antioksida yang dipanggil quereetin yang membantu mencegah kerosakan mental.

5. Bijirin penuh
Bijirin penuh ini tinggi dengan serat yang membantu dalam mengurangkan risiko keradangan, tekanan oksidatif dan penyakit vascular yang berkaitan dengan otak serta jantung.

6. Buah oren atau jambu batu.
Kedua-dua buah ini mengandungi vitamin C yang membantu dalam pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.

7. Kekacang
Ia mengandungi kolina(choline) yang membantu dalam ingatan serta kesihatan minda dan fokus.

-Ruzidah-

013-6691930

(Visited 227 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!