7 Makanan Yang Boleh DiAmalkan Untuk Mencegah Sakit Jantung

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah.

Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Jantung manusia
Jantung Kita

Menjaga kesihatan jantung adalah penting untuk kehidupan yang lebih baik. Terdapat banyak penyakit yang menunggu kita jika kesihatan tidak dijaga sebaiknya. Lihat sahaja lah video di bawah ini. Ia menunjukkan bagaimana seseorang itu boleh mendapat sakit jantung dan seterusnya terpaksa menderita seumur hidup.

Menakutkan bukan? Oleh kerana itulah  anda seharusnya bersedia untuk menjaga kesihatan jantung sedari awal lagi dengan mengamalkan pemakanan yang baik untuk jantung anda.

Di bawah ini adalah senarai makanan yang sangat baik untuk jantung anda. Antaranya adalah seperti :-

Almond

almonds

Banyak kebaikan yang boleh anda perolehi daripada kacang almond. Ia adalah makanan yang mengandungi magnesium, fibre dan sejenis lemak yang penting untuk jantung yang sihat. Anda boleh amalkannya setiap hari kerana ianya sangat bagus untuk jantung anda.

Ikan Salmon

salmon

Makanlah dua keping salmon seminggu. Ianya kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah.

Oat

Amalkan bersarapan dengan oat. Ianya kaya asid lemak Omega-3, folat dan kalium. Selain itu, ianya kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

Avocado

avocado

Makanan yang kaya dengan lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolestrol jahat LDL dan meningkatkan ladar kolestrol baik HDL dalam tubuh.

Buah Beri

Blueberry

Blueberry, strawberi dan pelbagai jenis beri lainnya kaya anti radang. Ia juga berfungsi untuk mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

Bayam

bayam

Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat. Amalkan sentiasa makan bayam bagi menjamin kesihatan jantung.

Kacang Soya

soya

Selain baik untuk jantung, kacang soya juga mampu membantu menurunkan kadar kolestrol kerana kandungannya yang rendah lemak.

Jagalah Kesihatan Jantung Kita.

Walaupun anda merasakan usia anda masih  muda, risikonya tetap ada kerana penyakit jantung ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Sebelum kita menyesal, jagalah pemakanan kita sehari-hari.

Selain daripada menjaga jantung dengan mengamalkan makanan-makanan yang bersesuaian, anda juga boleh mengambil suplemen untuk jantung anda. Insha Allah, dengan ikhtiar dan usaha yang berterusan, kesihatan jantung dapat dijaga dengan baik.

Jemput juga baca entri Jida yang terdahulu mengenai 7 Tanda Kolestrol Tinggi Dan Makanan Yang Perlu Di Elak Untuk Mencegah Gout.

Semoga info-info ini bermanfaat untuk anda. Terima Kasih.

(Visited 68 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “7 Makanan Yang Boleh DiAmalkan Untuk Mencegah Sakit Jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!