7 Perkara yang boleh buat Ibu Hamil Bimbang Mengenai Penyusuan

Assalamualaikum w.b.t

Terdapat tujuh perkara yang biasanya bermain-main di fikiran ibu hamil terutamanya apabila dia sudah memasuki fasa terakhir kehamilan. Lagi-lagi bagi mereka yang ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif.

perempuan-mengandung-yang-risau-penyusuan

Antara perkara tersebut adalah seperti :-

1. Ukuran payudara ibu yang besar. Di mana dibimbangi akan memberi masalah ketika hendak menyusukan bayi.

Payudara bersaiz besar boleh dikhuatiri menyebabkan bayi terbenam dan seterusnya sukar bernafas ketika menyusu. Perasaan ini dapat mempengaruhi proses menyusu pada awal kelahiran.

Bagi mengatasinya, jangan mengalah sebaliknya cubalah pelbagai cara posisi menyusu. Anda boleh meletakkan bantal disisi ketika menyusu, agar proses berjalan lancar dan bayi terhindar daripada kemungkinan terbenam.

2. Adakah ukuran payudara kecil mempengaruhi penghasilan susu dan memudahkan bayi menyusu?

Kualiti dan kuantiti penyusuan tidak dipengaruhi oleh ukuran payudara. Ini kerana ukuran payudara lebih bergantung pada jumlah serat-serat otot dan jaringan lemak di bahagian tersebut dan bukan pada kelenjar susu.

Kuantiti susu dirangsang oleh hormon dan bertambah mengikut keperluan. Maknanya semakin kerap anda menyususkan bayi semakin bertambah susu anda. Beberapa faktor lain yang mempengaruhi kuantiti susu adalah tekanan perasaan , emosi terganggu dan kepenatan.

Namun, jika bentuk payudara kecil dan pendek, hal ini memang akan menyukarkan bayiuntuk menyusu. Anda mungkin memerlukan bantal atau  untuk menyangga atau meninggikan posisi bayi agar mulutnya lebih dekat dengan payudara. Cara ini akan membantu bayi mencari dan mengjangkau payudara si ibu .

3. Bolehkah bayi menyusu jika puting ibu rata?

Keadaan puting yang rata bukanlah masalah ketika anda menyusus si kecil. Ini kerana bayi tidak hanya dikawasan puting tetapi didaerah aerola. Sebaiknya sebelum proses menyusu, ibu menekan secara perlahan daerah aerola agar puting dapat keluar.

Jika tidak berhasil, boleh mencuba dengan menggunakan alat penarik puting atau nipple puller.  Tidak perlu risau , setelah bayi menyusu beberapa kali umumnya puting akan menjadi lembut dan bayi lebih mahir meraih puting anda.

4. Sebagai pesakit payudara, bolehkah menyusu bayi?

Selagi pesakit tidak dalam rawatan kemoterapi ibu boleh menyusui. Sel-sel kanser tidak akan berpindah daripada ibu kepada bayi. Bagi ibu yang masih menjalani rawatan kemoterapi sebaiknya pemberian susu ditangguhkan dahulu supaya hingga elemen radioaktif dan zat-zat yang ada dibuang di dalam ubat  dibuang dalam tubuhnya.

5. Adakah timbul masalah sekiranya ibu pernah membuat pembedahan payudara?

Semua ibu pada umumnya dapat menyusukan termasuk ibu yang pernah menjalani pembedahan plastik atau implan payudara, asalkan bahagian aerola tidak terlibat dalam  pembedahan.

Silikon atau bahan implan umumnya dipasang di bawah kelenjar payudara dan tidak akan mempengaruhi penyusuan. Jika nutrisi yang diambil ibu berkhasiat, kuantiti susu ibu pasti akan baik.

6. Memasuki trimester kedua, payudara telah menegeluarkan cairan. Adakah ia kolostrum yang akan terbuang begitu sahaja?

Semasa usia kehamilan memasuki minggu ke-16, tubuh sudah mula mengeluarkan kolustrum. Pengeluaran susu awal mengandungi antibodi sangat tinggi dan berfungsi untuk melapisi dinding usus bayi yang belum tumbuh sempurna.

Usah bimbang kerana kolustrum yang keluar ini akan terus dihasilkan sehingga bayi lahir.

7. Adakah susu yang keluar sebelum bayi lahir  dapat diperah dan disimpan?

Sebahagian kes pengeluaran susu terjadi ketika ibu hamil memasuki trimester terakhir. Namun, tidak semua ibu hamil mengalami keadaan seperti ini. Susu yang keluar itu boleh disimpan dan diberikan saat bayi lahir tapi jumlahnya memang sedikit.

Jangan terlalu bersemangat memerah susu yang keluar ini bimbang boleh mencederakan puting dan mendatangkan penyakit lain. Setelah bayi lahir, kolustrum akan keluar dengan normal  dan tidak akan menimbulkan masalah ketika menyusui.

Sebarang kemusykilan , bolehlah ibu-ibu atau bakal ibu kemukan pada ang lebih arif seperti Doktor atau pakar Laktasi. Inshaallah, menerusi perbincangan bersama mereka anda akan dapat merungkai persoalan mengenai penyusuan.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 954 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!