7 Rahsia Kulit Berseri dan Semulajadi Tanpa Mekap

Memasuki usia 30-an seperti i’olls ni, kulit wajah memang nampak perubahan sekiranya tidak dijaga dengan baik. Walaupun begitu, ini tidak bermakna i’olls akan mencari jalan mudah untuk kelihatan cantik berseri. I’olls mahu cuba cara semulajadi sepertimana yang i’olls listkan di bawah ini.

Rahsia Cantik berseri

1- Kurangkan makanan dan minuman manis

Pola makan yang tidak sihat dapat menjadi penyebab minyak berlebih di wajah. Cuba hindari jenis makanan yang berminyak seperti gorengan, makanan manis seperti coklat dan makanan yang berlemak tinggi.

Ini tidak, i’olls peratikan masyarakat Malaysia ni, asalkan weekend je cari fast food. Pergi jalan-jalan ngan family je, terkam fast food restaurant. Not good la u’olls. Cuba ‘google’ piramid makanan, jenis makanan apa yang korang kena consume?

2- Mandi Sebelum Subuh

Untuk menikmati manfaat mandi sebelum subuh, korang digalakkan mandi dengan air sejuk dan bukan air panas. Air sejuk sebenarnya memberi lebih kebaikan kepada tubuh badan. Ia dapat mengurangkan kegelapan bawah mata (lingkaran gelap), menjadikan kuku lebih sihat dan pastinya kulit juga akan lebih lembut dan halus.

Macam kat rumah i’olls pun , memang takde water heater. Jadinya, i’olls dah biasa sangat mandi air sejuk. Korang pun mesti boleh punyalah. Lagipun dengan cuaca Malaysia sekarang ni, airnya takdelah sesejuk dulu-dulu. Sampai ke tulang hitam gigil.

3 – Minum air sebaik bangun tidur

Antara waktu terbaik untuk kita minum air kosong ialah sebaik bangun dari tidur sebelum gosok gigi. Dengan minum air kosong boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri.Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.

Tips untuk korang, sediakan satu bekas minuman di dalam bilik tidur dan letakkan di tempat yang mudah dicapai sebaik sahaja bangun tidur.

4- Masa tidur yang mencukupi

Tabiat tidur lewat menyebabkan tubuh kita akan keletihan. Kesannya lingkaran gelap bawah mata akan muncul. Pergi kerja dengan mata macam panda. Adeh malu la kan..

Bermula hari ini. Ubah jadual tidur korang. Cuba tidur awal dari biasa. Tidur yang mencukupi membantu tubuh kita akan berasa lebih segar. Tidur bukan sekadar memenuhi keperluan tubuh. Apa yang penting bila kita tidur tubuh kita akan mendapat rehat yang sebenarnya dan secara tidak langsung merawat tubuh kita secara semulajadi. Hasilnya muka kita pun nampak la berseri dan awet muda gitu..

5- Pilih makanan berkhasiat

Pilihlah menu harian yang bergizi seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Zat dan nutrisi yang terdapat di dalam makanan ini sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh kita.

Sekiranya kita tidak mampu untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan, amalkan pengambilan suplemen yang asas untuk ‘topup’ bahagian tersebut. Contohnya vitamin E sangat penting untuk kecantikan kulit. Kekurangan vitamin E menyebabkan kulit menjadi kusam dan cepat berkedut.

Klik sini untuk mengetahui info lanjut mengenai Kelebihan Vitamin E.

6- Amalkan gaya hidup sihat

Gaya Hidup. Gaya hidup yang tidak sihat juga dapat menyebabkan kulit wajah menjadi berminyak, misalnya jarang berolah raga, waktu tidur yang tidur yang tidak menentu, ataupun kesibukan dengan kerja sehingga menyebabkan stress yang keterlaluan juga seringkali menjadi penyebab kulit berminyak.

7- Menggunakan Set Pencuci dari bahan semulajadi yang bebas Alkohol dan Paraben.

Bagi kaum wanita, hati-hatilah saat memilih set pencuci wajah. Pemilihan jenis pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan beberapa perkara seperti alergik, peningkatan kadar minyak pada wajah ataupun kehakisan kulit. Cuba cari set pencuci yang bebas alkohol, tiada paraben dan sesuai dengan jenis kulit anda.

Klik sini untuk info lanjut mengenai set pencuci wajah yang BEBAS ALKOHOL alkohol dan TIADA PARABEN.

Nak kulit cantik dan berseri-seri? Bertindaklah dari sekarang. Walaupun korang mungkin tidak dapat melihat ‘result’ yang cepat, tetapi kelebihan lain juga mungkin akan anda perolehi.

Bertemu di entri yang seterusnya!
Bye.

(Visited 308 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

error: Content is protected !!