7 Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

Jangan ambil mudah sekiranya kita merasakan badan kita ini ada kelainan tertentu daripada biasa. Kadang- kadang kelainan yang ada itulah petanda penyakit bahaya bakal menyerang.

Kali ini Jida ingin kongsikan satu entri mengenai tanda-tanda bagi seseorang individu yang mungkin mengalami tahap kolestrol yang tinggi di dalam badannya.

7 Tanda Kolestrol Tinggi

1- Kaki sering berasa kebas
Ini Terjadi kerana darah bergumpal.

2- Mudah letih dan cepat mengantuk. Aliran darah membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan cepat mengantuk.

3- Senak dada sebelah kiri. Tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

4- Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher.

5- Kaki jadi semakin membengkak. Ini disebabkan oleh pembuluh darah semakin sempit dan kaki adalah bahagian paling sedikit mendapat darah.

6- Timbul bintik-bintik putih ( biji lemak) di bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher.

Mata kolestrol tinggi

7 – Tanda kuning muda
pada tengah atau hujung kelopak mata. Ada juga individu yang mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut.

Meskipun masalah kolesterol tinggi bukanlah dianggap penyakit namun ia tetap bahaya kerana paras kolesterol yang tinggi mampu memberi komplikasi yang digeruni antaranya ialah seperti meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.

Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.

Nampak tu? Salur darah menjadi sempit disebabkan
Nampak tu? Salur darah menjadi sempit disebabkan oleh timbunan plak.

Sebelum ini Jida juga ada menulis entri mengenai faktor-faktor kolestrol tinggi dan cara- cara untuk mengatasinya. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat sini ya.

Walaupun entri ini menyenaraikan tujuh tanda untuk masalah kolestrol tinggi, tapi ini cuma secara umum. Anda tetap dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mengesahkan masalah sebenar anda. Bak kata pepatah, ‘Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati ‘.

(Visited 118 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “7 Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!