7 Teknik Semulajadi Cepatkan Kelahiran

Assalamualaikum w.b.t

Tempoh kelahiran yang kadang kala mengambil masa membuatkan anda bimbang memikirkannya .Terdapat beberapa teknik semulajadi untuk cepatkan proses kelahiran.

teknik-cepat-lahir

1. Jika berbaring, anda perlu bangun. Pergerakan yang banyak mungkin menguatkan kontraksi dan membantu anda mempercepatkan proses kelahiran.

2. Buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran kerana ia menghalang penurunan kepala.

3. Mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Hal ini akan mengurangkan keperluan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses bersalin.

4. Aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari dikelas-kelas antenantal jika anda berasa terlalu cemas

5. Minta suami untuk urut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas.

6. Tukar posisi diatas katil jika anda tidak mahu berjalan-jalan.

7. Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke salur perananakan yang betul.

Jika kekerapan pergerakan yang anda lakukan tidak banyak memberi kesan positifuntuk mempercepatkan proses kelahiran atau pemecahan kantung air ketuban tidak banyak membantu, doktor mungkin akan mencadangkan titisan(drip) bagi membolehkan kontraksi menjadi lebih efektif.

(Visited 4,488 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “7 Teknik Semulajadi Cepatkan Kelahiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!