7 Tips Halau Semut Di Dalam Rumah

Assalamualaikum w.b.t

Apabila melihat sekumpulan askar semut berbaris di tepi dinding, terfikir pula Jida untuk berkongsi 7 Tips Menghalau Semut di dalam Rumah. Walaupun semut ini haiwan yang berbadan halus, tapi bila dah terlalu banyak ataupun selalu menghurung balang gula kita kat dapur tu, mau stress juga tuan rumahnya. Tak di jemput, tapi rajin pula bertandang, pantang ada makanan atau minuman manis , mulalah nak menyinggah.

jauhi-semut

Jangan stres-stres! Di sini ada cara yang dapat membantu anda mengatasi masalah di atas.

1. Bagi rumah yang semutnya suka terjun dalam cerek air dan berenang dalam lautan gula. Ambil minyak masak yang ada di dapur, sapukan di sekeliling badan pemanas air di dapur ataupun balang tempat simpan gula. ( Mungkin sebab licin dan berminyak atau bau minyak, semut takkan datang ke dua2 tempat ini, Jida pernah guna cara ni.)

2. Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) ke dalam bekas gula. Bau asam keping tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau.

3. Anda boleh juga meletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam kabinet supaya semut tidak membuat sarang.

4. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

5. Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6. Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan. Kalau duduk kampung, senang sikit nak dapatkan daun sirih. Tapi, takpe lah kalau tak jumpa daun sirih, boleh cuba 6 cara yang kat atas.

Jida sendiri pernah cuba yang cara nombor satu dan empat. Mungkin lepas ni bolehlah test cara-cara yang lain-lain pulak. Korang semua pun, kalau ada masalah semut, selamat mencuba dengan cara ini ya.

(Visited 662 times, 17 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!