7 Tips Membuat Bayi Tidur Lena

Anda adalah sangat beruntung sekiranya bayi anda jenis yang mudah untuk ditidurkan dan lena dengan baik sepanjang masa tidurnya. Namun, tidak semua ibu bapa mempunyai bayi seperti anda. Ada juga yang mempunyai masalah sukar untuk menidurkan bayi dan terpaksa berjaga malam dek kerana anaknya tidak tidur dengan baik dan kerap bangun.

Di frasa awal-awal kelahiran seseorang bayi, sebahagian besar waktu tidurnya lebih banyak tertumpu pada sebelah siang. Manakala, pada sebelah malam pula, rutin tidurnya masih belum dapat disesuaikan. Di sebabkan itulah, sesetengah ibu bapa yang mempunyai bayi baru lahir terpaksa bersengkang mata melayan karenah bayi yang tak nak tidur.

Alhamdulillah, Jida sangat bersyukur kerana kedua-dua puteri Jida sangat senang ditidurkan semasa bayi. Sekarang ni je, panjang sangat akalnya sebelum tidur. Nak melukis dululah, nak main masak-masak dululah..Ada-ada je benda nak dibuat. Huhuhu. Nasib baik maknya dah telan vitamin untuk keep calm awal-awal ?

Ok, dalam entri kali ini, Jida nak kongsikan tips yang dapat membantu ibu bapa menidurkan bayi dengan lebih lena sepanjang malam.

Bayi tidur lena

Tips bayi tidur lena # 1

Mengatur jadual tidur bayi anda

Tetapkan satu masa tidur yang tetap untuk bayi anda. Pastikan jadual tidur ini konsisten dan tidak berubah-rubah.

Mungkin pada empat bulan pertama agak sukar untuk mengatur rutin tidur bayi. Tapi percayalah, sekiranya anda sabar dan memberikan tempoh waktu untuk bayi anda memahami pola tidurnya, insha allah, cara ini akan berjaya.

Bahkan apabila bayi anda masih tampak segar dan ingin bermain pada waktu yang sepatutnya dia tidur, baringkan saja dia dan tempatkan di tempat tidurnya.

Tips bayi tidur lena # 2

Ajarkan bayi anda bahawa bilik tidur adalah ruangan untuk tidur, bukan untuk aktiviti lain.

Setiap kali anda menidurkan bayi anda, pastikan anda melakukannya di satu kawasan tertentu di dalam bilik tidur anda. Bayi anda akan segera menghubungkan kawasan tersebut dengan “tidur” kerana sudah dibiasakan begitu.

Jangan mengajaknya bermain dan melakukan kegiatan lain di kawasan tidur tersebut. Pindahkan semua mainan dan gangguan lainnya dari tempat tidur dan gunakan tempat itu semata-mata hanya untuk tidur.

Tips bayi tidur lena # 3

Buat aktiviti yang menenangkan sebelum tidur.

Contohnya seperti menyanyikan lagu, menepuk-nepuk punggungnya, mengusap kepala dan mengurut badannya dengan lembut. Semua ini akan membantu menenangkan dirinya sebelum dia tidur.

Setelah anda melakukan aktiviti ini, biasanya bayi akan mula merasa mengantuk dan seterusnya akan tidur dengan lena.

Tips bayi tidur lena # 4

Pastikan perutnya kenyang sebelum menidurkannya.

Sering terjadi, bayi bangun di tengah malam kerana lapar. Jadi, makan malam yang secukupnya akan membantu bayi tidur nyenyak sepanjang malam.

Untuk bayi di bawah 6 bulan, susu adalah ‘makanan’ utamanya sebelum tidur. Pastikan bayi anda diberikan susu secukupnya dan disendawakan dulu sebelum tidur. Perut sikecil yang kenyang akan membantu kepada masa tidur yang lena.

Tips bayi tidur lena # 5

Bersihkan bayi dari kotoran sebelum tidur.

Periksa lampin pakai buangnya sebelum tidur. Pastikan dia memakai lampin yang selesa dan bersih sebelum tidur.

Bagi menidurkan bayi sebelah siang bolehlah dimandikan dahulu sebelum menidurkannya. Ini bagi memastikan si kecil selesa dan bersih. Biasanya bayi akan lebih cepat terlena selepas mandi.

Tips bayi tidur lena # 6

Pakaikan pakaian yang selesa dan bersesuaian untuk anak.

Beberapa faktor penting adalah seperti material baju tidur yang sejuk, longgar dan selamat.

Jangan pandang pada cantiknya design baju sahaja, faktor- faktor di atas juga perlu diambil kira agar mereka selesa sepanjang tempoh tidur.

Tips bayi tidur lena # 7

Wujudkan persekitaran yang tenang.

Jauhkan semua bunyi-bunyi yang boleh menarik perhatian bayi seperti siaran TV dan radio.
Tunjukkan pada bayi anda bahawa waktu malam adalah waktu tidur untuk semua orang, bukan hanya untuk dia.

Malapkan sedikit cahaya lampu agar bayi lebih selesa tidur dalam suasana malap.

Mintalah semua ahli anggota keluarga untuk bercakap dengan nada sederhana dan tidak menjerit-jerit.

Sekiranya ada nyamuk berkeliaran dan menggigit bayi anda, cuba elakkannya dengan memasang kelambu atau penghalau nyamuk. Terdapat juga krim penghalau nyamuk yang boleh di sapu pada tangan dan kaki bayi sekiranya tak nak pakai ubat nyamuk di dalam bilik.

Ok. Itulah dia 7 tips yang Jida nak kongsikan dengan anda semua dan diharapkan agar anda dapat memanfaatkan info ini semasa hendak menidurkan permata hati anda nanti.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini dan semoga anda semua akan singgah di blog ini bagi mendapatkan info yang lebih menarik.

(Visited 817 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “7 Tips Membuat Bayi Tidur Lena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!