7 Tips Menangani Anak Kuat Makan

Apabila melihat kanak-kanak yang bertubuh ‘comel’ atau ‘montel’ ini memang mengundang geram di hati kita. Nampak cute sangat. Tapi kalau ke’montel’an dan ko’comel’an itu sudah dikira boleh mengganggu tahap kesihatannya, ibu-bapa perlu mengambil langkah yang sewajarnya sebelum kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai kanak-kanak obesity.

Masalah berat badan berlebihan atau obesiti adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Di antara penyumbang kepada permasalahan ini ialah pemilihan makanan dan saiz hidangan yang kurang bersesuaian, tidak melakukan senaman secara berkala, factor keturunan dan kesan daripada penyakit dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.

 kanak-kanak-makan-banyak

 

Untuk panduan ibu-bapa semua, disini terdapat tips berguna yang boleh dijadikan panduan untuk menangani anak yang kuat makan.

1- Hadkan pengambilan makanan terproses seperti sosej, bebola daging, nugget atau makanan segera yang lain kepada sekali seminggu.

2- Bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas serta mengalami masalah obesity , hadkan pengambilan susu dan produk dan produk susu kepada 1-2 gelas sehari. Pilih susu atau produk yang rendah lemak atau tanpa lemak untuk mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.

3- Bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 5 tahun , pastikan anda mendapat nasihat Pegawai Dietetik terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

4- Idealnya, pengambilan minuman dan makanan yang manis perlu dielakkan dalam diet seharian kanak-kanak obes kerana ia mengandungi rendah nutrient serta tinggi kandungan kalori . Walau bagaimana pun , pengehadan kepada sekali sehari di kalangan kanak-kanak yang sering mengambilnya di dalam kuantiti yang banyak sebelum inisudah cukup untuk memberi manfaat yang besar kepada pengawalan berat badan dan kesihatan mereka.

5- Hadkan makanan di goreng dengan penggunaan minyak yang banyak (deep fried foods) kepada sekali seminggu . Buang lemak dan kulit yang terdapat pada daging atau ayam sebelum makanan dimasak.

Happy kids with a bowl of vegetables, smiling and eating carrot - isolated
pemakanan yang sihat

 

6- Lakukan pengubahsuaian resipi dengan menukarkan makanan yang bergoreng dan bersantan kepada makanan yang rendah lemak seperti penggunaan ketuhar untuk membakar , sup, stim atau menggunakan kuali yang tidak melekat dengan penggunaan minyak yang minima

7- Lakukan aktiviti senaman atau aktiviti fizikal yang lain  lebih kurang 1 jam setiap hari. Kurangkan aktiviti sedentary seperti menonton televisyen kepada kurang 2 jam setiap hari.

Info tambahan

Kanak-kanak obesity sering kelihatan gelojoh ketika makan. Nasihati mereka untuk mengunyah makanan secara perlahan . Makanan yang dikunyah secara perlahan bukan sahaja baik untuk penghadaman malah menjadikan mereka cepat berasa kenyang serta tidak makan secara berlebihan.

Ini dibuktikan oleh  sebuah kajian (Jie Li et al. 2011) menunjukkan individu yang mengunyah sebanyak 40 kali mempunyai peningkatan hormone cholesystokinin (CCK) dan glucagon like peptide-1 (GLP-1) yang lebih tinggi berbanding individu yang hanya mengunyah sebanyak 15 kali. Hormon CCK berfungsi untuk mengurangkan selera makan manakala hormone GLP-1 berfungsi untuk merangsang penghasilan insulin dan menurunkan paras gula di dalam darah serta memberi isyarat kenyang ke otak.

 

(Visited 172 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!