8 Cara Menambah Berat Badan Yang Sihat dan Pantas

Watak ‘Olive’ dalam cerita kartun Popeye adalah salah satu bayangan orang yang sangat kurus bagi Jida. Hehe..walaupun itu cuma karakter kartun kanak-kanak tapi kalau boleh Jida tak nak menjadi terlalu kurus seperti Olive.

Olive

Biarlah berat yang Jida ada ni ideal dengan tinggi Jida sekarang. Tak terlalu kurus dan tidak juga terlalu gemuk. Just nice orang kata. ?

Permasalahan bagi masalah berat badan bukan setakat nak kurus sahaja. Ada juga orang yang mempunyai masalah untuk menaikkan berat badan.

Walaupun dah makan dengan kerap, malah mengambil hidangan besar setiap kali makan pun, berat badan masih tak naik-naik.

Bagi anda yang mengalami masalah susah nak tambah berat badan dan sudah berusaha makan banyak semata-mata nak naikkan timbangan. Cuba anda periksa balik, adakah kaedah yang anda amalkan itu sesuai dan sihat untuk anda?

Apa yang selalu orang buat untuk naikkan berat?

Kebanyakan dari anda beranggapan bahawa untuk mendapatkan berat badan yang ideal, anda perlu meningkatkan jumlah lemak. Pandangan ini adalah salah ye korang.?

Dengan cara begitu, anda bukan sahaja gagal mendapatkan berat badan yang diinginkan, malah ia juga akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan lemak lebih banyak daripada apa-apa yang diperlukan oleh badan anda untuk melakukan aktiviti.

Apa yang sepatutnya andabuat bagi menambah berat secara sihat

Cara #1 Untuk Tambah Berat

Penting untuk anda mengambil banyak makanan tinggi kalori, protein dan garam galian.

Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori yang lebih besar berbanding nasi ataupun anda juga boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.

Cara #2 Untuk Tambah Berat

Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.

Contoh snek yang sihat adalah seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

Cara #3 Untuk Tambah Berat

Makan secara kerap. Jika tiada selera, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari.

Tapi pastikan hidangan yang diambil adalah sihat tau. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

Cara #4 Untuk Tambah Berat

Ambil sarapan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein yang tinggi.

Amalkan minum segelas susu setiap hari. Kalau Jida tentulah susu ini yang menjadi pilihan. Sedap dan mengenyangkan.

Boleh juga ambil bersama dengan roti atau telur separuh masak. Tapi ingat, hindari makanan yang banyak lemak.

Cara #5 Untuk Tambah Berat

Senaman Yang Teratur

Lakukan senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan dilakukan.

Cara #6 Untuk Tambah Berat

Setelah selesai melakukan senaman, anda boleh menggantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

Cara #7 Untuk Tambah Berat

Mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan Malaysia. Mesti anda dah familiar dengan piramid makanan kan?

Kalau boleh, lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan anda.

Cara #8 Untuk Tambah Berat

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal anda juga memerlukan sokongan makanan tambahan. Contohnya, vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang kamu ambil.

Nak tahu lebih lanjut vitamin apa yang sesuai untuk tambah berat badan, boleh KLIK SINI.

Kalau nak tau, tubuh yang kurus juga mudah kena penyakit. Bukan orang gemuk je yang selalu  dikaitkan dengan masalah kesihatan tertentu.

Pendek kata, badan gemuk atau kurus, semua perlu jaga kesihatan masing-masing. Gitu…

Semoga info kali ini bermanfaat untuk anda dan dapat membantu anda mendapatkan berat badan ideal yang diidam-idamkan.

(Visited 520 times, 18 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “8 Cara Menambah Berat Badan Yang Sihat dan Pantas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!