8 Idea Bekerja Dari Rumah Sambil Jaga Anak Depan Mata

Semalam Jida ada terbaca pengalaman seorang wanita yang telah diberhentikan kerja akibat syarikatnya mula mengecilkan operasi dan mengurangkan pekerjanya. Keperitan hidup wanita ini makin bertambah lagi-lagi suaminya juga turut tersenarai dalam nama-nama yang akan diberikan VSS.

Sebenarnya, tak payah cerita orang lain, kerana Jida sendiri merupakan antara insan terpilih dan mengalami nasib sama seperti wanita di dalam kisah ini cuma bezanya suami Jida masih bekerja secara tetap. Andai kata, nasib keluarga kami di masa depan tidak berapa baik, Jida masih percaya yang hidup kita masih perlu diteruskan.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil ini, peluang pekerjaan memang agak sukar. Di sana sini, banyak syarikat yang mula menghentikan operasi dan memberikan pampasan kepada pekerjanya.

Sambil-sambil menunggu tawaran kerja baru, tidak salah sekiranya anda memikirkan beberapa kerja yang boleh dilakukan dirumah. Berikut ialah beberapa idea yang boleh dicuba sekiranya anda ingin melakukan kerja dari rumah.

Bekerja sendiri

1. Pengasuh

Anda tidak perlu mendapat pendidikan tinggi untuk bekerja sebagai pengasuh. Cukup sekadar pengetahuan menjaga kanak-kanak, dan ruang rumah yang selamat untuk kanak-kanak itu saling bermain, belajar, berhibur dan berehat.

2. Mengajar

Cikgu

Jika anda mempunyai kemahiran dalam subjek tertentu, mungkin anda boleh mengatur kelas mengajar atau tuisyen. Anda juga boleh memilih untuk mengajar subjek dewasa yang lain seperti melukis, seni kraf atau memasak.

3. Berkebun

Haa..yang ni Jida sendiri pernah buat. Jida jual bunga ros jepun yang berwarna warni tu secara online. Memang tak menang tangan bila ada permintaan. Tapi memandang Jida cuma menyewa dan laman pun terhad. Jadinya, tak delah beria-ria sangat buka jualan.

Tapi, bagi anda yang ada laman luas dan mempunyai hobi bercucuk tanam. Ok juga kalau hobi dan kemudahan itu sebagai sumber pendapatan. Untung-untung boleh jual anak pokok pada nursery bunga.

4. Memasak

Kek cawan

Jeles sangat dengan orang yang pandai masak. Anda tak patut sia-siakan bakat anda begitu saja. Apa kata anda cuba pasarkan dan mula jadikan minat anda itu sebagai sumber pendapatan?

Sekarang ni ramai orang buat cheese cake, kuih frozen atau kerepek dan pasarkannya melalui internet, anda juga boleh mencubanya tau.

5. Menulis

Jika anda ada bakat menulis, serlahkannya dengan menulis novel atau artikel ilmiah. Gunakanlah kepakaran anda itu untuk berkarya, dan hantarkan kepada penerbitan. Mungkin ada yang akan menolak, tapi lama-lama, berkat kesabaran dan kemahiran yang diasah, inshaallah, karya anda akan berjaya diterbitkan juga.

6. Blogging

Haa…menjadi blogger juga boleh buit duit tau. Tulislah sesuatu yang bermanfaat untuk tatapan pembaca blog anda. Mula-mula mungkin agak sukar untuk mendapat ranking di google, tapi sekiranya ditulis secara konsisten, blog anda akan mendapat trafik yang banyak. Untuk mendapatkan wang pula, letaklah iklan-iklan seperti Google Adsense, Nuffnang dan Lazada diblog anda itu.

7. Khidmat dan Konsultasi

laptop-repair-toronto-north-york

Sekiranya anda tahu mengenai komputer secara teknikal, anda mungkin boleh menawarkan khidmat memeriksa PC dan laptop. Mungkin anda juga mempunyai kemahiran membuat laman web atau design logo perniagaan, cuba tawarkan khidmat anda itu di atas talian.

Ada pelbagai jenis khidmat atau servis yang boleh anda fikirkan dan jual pada khalayak.

8. Produk sendiri

Anda juga boleh membikin produk sendiri. Jika anda pandai menjahit, buatlah baju untuk dijual. Jika anda pandai melukis, cubalah jual lukisan anda. Di internet terdapat pelbagai barang yang dijual secara atas talian dan kebanyakkan dikendalikan dari rumah. Tapi kalau tak mampu nak buat sendiri, boleh juga jual produk siap macam Jida buat sekarang ni. 🙂

Apa-apapun yang penting sekali kena berusaha dan jangan mudah mengalah. Sentiasa percaya yang rezeki ada di mana-mana. Berusahalah selagi kita berdaya.

Semoga dengan idea yang Jida kongsikan disini dapat digunakan apabila anda ingin memulakan perniagaan dari rumah nanti. Terima Kasih kerana sudi berkunjung disini dan semoga berjumpa lagi.

(Visited 136 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!