8 Nutrient Terbaik, Ibu Hamil Mesti Tahu

Ibu hamil memang digalakkan menjaga kesihatan sejak dari awal pertumbuhan janin dalam perut lagi. Malah, 3 bulan sebelum ibu-ibu merancang untuk mengandung, setiap ibu perlu menitikberatkan keperluan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakananan harian. Seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrient
atau khasiat pemakanan turut meningkat. Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan janin.

8-nutrient-terbaik-untuk-ibu-hamil

1. Protein
Sangat besar peranannya dalam menghasilkan sel-sel darah. Boleh diperoleh daripada daging, ikan, telur dan kekacang.

2. Karbohidrat dan Lemak
Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh badan setiap hari sekali gus menjadikan tubuh tidak mudah penat.

3. Kalsium
Ketika hamil, kalsium memang penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, akibatnya kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang anda. Makanan yang banyak mengandungi kalsium ialah sayur-sayuran hijau dan kekacang. Saat ini, kalsium paling baik diperolehi daripada susu serta produk olahannya. Susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti Vitamin A, D, B2, B3 serta Vitamin C. Tetapi ada sesetengah ibu mengandung yang  mempunyai masalah untuk minum susu boleh menukar rutin dengan mengamalkan suplemen yang mengandungi kalsium. Malah ibu-ibu yang mengalami kekejangan kaki di saat hamil juga digalakkan mengambil kalsium untuk mengelakkan masalah tersebut daripada mengganggu.

KLIK SINI untuk mengetahui 5 Tips Elak Kekejangan Kaki Saat Hamil.

4. Zat Besi
Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel darah merah. Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia. Terdapat sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.

KLIK SINI untuk mengetahui cara mengatasi HB rendah/ anemia.

5- Asid Folik
Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar potensinya untuk mengalami risiko keguguran ataupun kerosakan pada janin.

6- Vitamin B Kompleks
Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperolehi daripada biji-bijian , kekacang, sayur-sayuran hijau, telur dan produk susu.

KLIK SINI untuk info lanjut mengenai Vitamin B-Kompleks.

7- Vitamin D
Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

8. Vitamin E
Ia berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat. Makanlah biji-bijian terutamanya gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur-sayuran hijau.

(Visited 537 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!