8 Panduan Bercerai Susu , Ibu boleh Ikuti

Kebiasaannya sebaik sahaja umur anak anda menginjak ke usia 2 tahun ibu-ibu mula mengambil langkah untuk ‘ bercerai’ susu badan. Berapa lama masa yang diperlukan bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh ibu dan respon si anak. Jangkamasa mengajarnya untuk bercerai susu akan menjadi lebih lama jika anda melakukannya sebelum dia bersedia.

Semasa Dayana berusia setahun dan tujuh bulan, Jida mula mempraktikkan antara cara yang di bawah ini. Di sebabkan Jida ni mudah tewas dengan air mata anak. Makanya, dalam usia dua tahun setengah, baru Dayana betul-betul bercerai susu. Harap-harap dengan adiknya, Dalili nanti di permudahkan dan dilancarkan urusan bercerai susu. Amin.

Jadi, apa yang mommies boleh lakukan dalam proses bercerai susu? Terdapat 8 panduan yang sesuai untuk anda seperti senarai di bawah ini.

panduan-bercerai-susu-ruzidah-dot-com

1- Jangan tawar dan jangan tolak
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan pula terus menolak jika anak mahu menyusu. Namun, konsep ini perlu dipraktikkan bersama beberapa cara di bawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.

2- Mengubah rutin harian
Anak anda pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Kalau macam anak Jida, pantang maknya berbaring depan TV, mulalah merengek nak menyusu. Jadi kalau ada yang menjadi rutin anda, kenalah elakkan diri daripada melakukannya agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan.

3- Pertolongan daripada pihak suami.
Berbincanglah dengan suami dan beritahu dia tentang perancangan anda. Sebagai seorang bapa, dia perlu memainkan peranan dengan mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain. Seperti contoh ajak anak bermain atau menonton TV. Masa anak Jida yang pertama, minggu pertama bercerai susu, suami yang bertindak menidurkan dia. Ye lah, sebab dia dah terbiasa ‘ ngempeng’ dulu sebelum tidur, kalau tak dapat memang mengamuklah. Alhamdulilah, suami Jida sangat memahami.

4 – Alihkan perhatiannya
Kadang kala apabila si anak leka bermain, dia lupa untuk meminta susu. Jadi, gantikan sesi penyusuan yang patut dia terima dengan healthy snack, buah-buahan, roti ataupun minuman berperisa vanilla iaitu Mealshake. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar.

5 – Lengahkan sesi penyusuan.
Tangguhkan waktu menyusu dengan memberitahunya tunggu sebentar. Tapi, pastikan juga semasa itu, dia sudah makan dan perutnya tidak kosong. Risau nanti jadi kembung pula.

6- Memendekkan tempoh penyusuan.
Caranya, bagitahu mereka.” Sedikit sahaja mama bagi ya sebab abang/ kakak sudah besar. Tetapi, biasanya cara ini berkesan untuk anak-anak yang sudah dua tahun ke atas. Insha Allah, lama kelamaan dia tidak lagi bergantung pada susu ibu untuk menghilangkan dahaga.

7 – Jangan hentikan penyusuan secara tiba- tiba.
Pendekatan terbaik adalah jangan menghentikan penyusuan susu ibu secara mendadak. Selain menyebabkan emosi anak terganggu, anda juga mungkin tidak selesa. Payudara boleh bengkak sekiranya tidak dikosongkan secara beransur-ansur.

8 – Petua-petua lama
Bila ada saudara-mara bertandang ke rumah dan melihat anak yang sudah berusia dua tahun masih menyusu badan, mungkin ada mulut-mulut yang akan memerli anda. Jangan mudah melatah, sebaliknya minta sahaja petua dari mereka. Orang yang banyak pengalaman ni biasanya ada banyak petua. Jida sendiri pernah cuba letak asam jawa, lipstik supaya anak tak nak menyusu. Tapi, tak berjaya. Akhirnya, mak Jida carikan akar ‘batang wali’ (nama sebenar Jida tak pasti ), barulah Dayana tak nak menyusu dah. Pahit sangat rasanya. Apapun, dapatkan pandangan pakar sama ada cara itu elok atau tidak.

Anak yang bijak InshaAllah akan cepat menerima perkara baru dalam hidupnya. Cekalkan hati mommy andai tidak sanggup melihat dia merengek meminta susu badan. Takkan lah sampai dah nak masuk tadika pun masih nak menyusu lagi, kan? Sekiranya mommies semua risau si manja tak lagi mendapat khasiat daripada susu ibu seperti sebelumnya. Mommies semua masih mempunyai alternatif dengan memberi suplemen sebagai pelengkap nutrisi seharian si manja. Hubungi Jida di talian 013-6691930 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jida akan cuba membantu memberikan cadangan yang bersesuaian dengan masalah yang mommies hadapi.

KLIK SINI untuk mengetahui 5 Nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak agar tumbesarannya berkembang dengan baik.

(Visited 1,226 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!