8 Perkara Yang Perlu Ibu Hamil Cukup Bulan Ambil Tahu

Assalamualaikum w.b.t

Bagi ibu-ibu yang sedang sarat dan baru melalui pengalaman mengandung pertama kali memang wajib ambil tahu 8 perkara yang Jida ingin kongsikan di bawah. Apa benda la tu ya?

cukup bulan

1- Ubat cetusan (‘induce’)

Dilakukan oleh kebanyakan doktor yang bimbang risiko kematian bayi yang tidak dijangka di dalam kandungan. Ia digunakan bagi kelahiran overdue. Suntikan ubat induce mampu mempercepatkan proses bersalin, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan.

2- Entonoks (gas dan udara)

Ia adalah campuran gas nitrus oksida dan oksigen untuk menahan rasa sakit tapi tidak sepenuhnya seperti epidural. Proses ini memerlukan ibu memakai topeng untuk menghidu gas.

3- Bayi tidak bergerak

Waktu bersalin hampir iba. Bagaimanapun, anda mengesyaki bayi kurang bergerak. Segera ke hospital kerana bimbang bayi lemas di dalam kandungan. Dalam masa 12 jam , bayi kena bergerak sekurang-kurangnya 10 kali.

4- Epidural

Ia sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Ia berkesan untuk melegakan kesakitan terutama pada bahagian pinggang dan belakang.

5- Overdue

Bermaksud tarikh bersalin lewat atau melebihi daripada jangkaan sebenar. Jadi digunakan ubat induce. Jika lewat melebihi 7 hari atau bayi perlu dikeluarkan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi, doktor akan mengeluarkan surat akuan supaya dapat dirujuk ke hospital.Overdue terjadi apabila saiz kepala bayi besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat, tiada kontraksi dan ada juga disebabkan oleh mempunyai genetik kehamilan yang panjang.

6- Episiotomi

Guntingan kecil antara faraj dan anus akan dilakukan jika  ada komplikasi seperti saiz kepala bayi yang besar. Bahagian itu akan dibius sebelum digunting. Kesan akibat guntingan itu akan memberi rasa tidak selesa untuk tempoh beberapa minggu sehinggalah luka jahitan sembuh. Ibu juga mungkin merasa sakit apabila sukar membuang air besar (sembelit)

7- Kelahiran Bantuan

Selain bersalin normal, terdapat beberapa cara yang mampu membantu kelahiran anda. Ia termasuk pembedahan caesarean, forsep dan vakum. Pembedahan caesarean dilakukan dengan melahirkan bayi melalui dinding abdomen. Forsep ialah alat yang digunakan untuk menarik keluar kepala bayi jika ibu sudah keletiha untuk terus meneran. Vakum ialah proses menyedut kepala bayi menggunakan cawan  logam yang bersambung pada vakum.

8- Ubat membuang najis

Ia biasanya diberikan kepada kepada ibu hamil sebaik tiba dibilik bersalin . Ia digunakan untuk mengelakkan najis keluar bersama ketika proses meneran. Bagaimanapun , jika ibu memaklumkan bahawa telah membuang air buang besar atau mengalami cirit birit, ubat ini tidak akan diberikan.

Semoga Info ini Bermanfaat buat Ibu-ibu yang Bakal melahirkan.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 2,924 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!