8 Tips Dekorasi Bilik Anak

Sesekali terdetik juga dihati, bila ada rumah sendiri nanti, nak sediakan satu bilik khas untuk puteri permata hati. Teruja sangat bila tengok perabot berwarna warni yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak seusianya. Jadi, sebagai persediaan , saya nak kongsi info berkenaan 8 panduan yang berguna untuk menghias bilik anak. Semoga harapan menjadi kenyataan.

1 Pilihlah warna dinding yang disukai oleh anak anda. Pemilihan warna terang dapat merangsang minda dan pergerakan mereka. Untuk memberikan kesan yang lebih baik, gantung gambar menarik sebagai penyeri dinding bilik anak.

PRINCESS-ROOM-SET

2 Pencahayaan perlu di beri perhatian kerana mood pencahayaan mampu memberi kesan keseronokan pada kanak-kanak. Terdapat banyak jenis pencahayaan buat sikecil, misalnya lampu yang berwarna-warni, pencahayaan yang mepunyai kesan bunga atau kumbang. Cahaya yang suram mampu merangsang si kecil untuk tidur. Tetapi jika dia ingin melakukan aktiviti di kamarnya seperti membaca , haruslah menggunakan pencahayaan yang terang.

3 Pilih cadar tilam yang diminati oleh anak. Biasanya wataK-watak animasi televisyen menjadi pilihan seperti Snow White, Spiderman atau Ben10. Bagi anak yang masih bayi, aksesori cadar yang digunakan mempunyai corak yang ringkas dan lembut dipandang mata.

bilik-purple

4. Usah risau anak akan menconteng dinding biliknya. Mungkin penggunaan kertas dinding dapat mengajar anak menjaga kebersihan dinding bilik selain fungsinya sebagai penyeri kamar. Biasanya ia menjadi pembahagi ruang dinding ruang dinding kamar anak.

5. Selain membantu menjimatkan ruang, pemasangan rak dinding terbuka juga mendisplinkan anak agar rajin merapikan barang-barang dibiliknya. Ia memudahkan si kecil mencapai bahan bacaannya dan anak patung kesayangannya . Jika boleh , pastikan ia sedondon dengan warna tema kamar anak anda.

6. Kamar yang luas tidak semestinya mempunyai pelbagai perabot. Susun perabot dengan konsep dekorasi ringkas agar menampakkan keluasan berganda. Lebih kreatif lagi, pemilihan warna perabot sama dengan tema kamar.

bili-prince 

7. Pemilihan fabric langsir juga penting dalam bilik kanak-kanak. Pilihlah fabric yang ringkas , tidak memerangkap habuk dan mudah dibasuh. JIka inginkan kelainan, anda boleh menggantung perhiasan aksesori yang menghasilkan bunyi apabila ditiup angin.

8. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan ruang untuknya bermain dan berinteraksi. Maka,  jangan lupa untuk sediakan ruang khas untuknya melakukan aktiviti kegemaran. Letakkan perkakasan seperti meja , kerusi dan rak buku untuknya supaya dia dapat menyimpan barang dengan kemas.

bilik-simple

 Info tambahan :

Warna terang untuk menghidupkan suasana (alive).

Warna neutral seperti putih membantu menenangkan supaya mudah tidur.

Warna lembut/ pastel sesuai untuk bilik bayi.

 

(Visited 1,043 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!