8 Tips Mudah Kurus Selepas Bersalin

Selepas bersalinkan Dalili pada 2014, berat Jida turun agak banyak juga. Lebih kurang 16 kg dari berat masa mengandung 9 bulan. Alhamdulillah, suka juga la masa tu, sebab seluar lama dah boleh pakai semula.

Dan sampai sekarang Jida cuba untuk mengekalkan berat badan ideal agar tidak melebihi BMI yang tidak sepatutnya. Bukan nak jadi kurus sangat tapi target Jida ialah nak jaga kesihatan juga. Seperti yang kita tahu, berlebihan berat badan boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang tidak diingini.

Untuk kembali kurus dan tampak langsing memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang kita boleh dapatkan dalam waktu yang singkat. Tubuh kita telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan.

Jadi, janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh yang singkat.

Tips #1: Tetapkan target yang dimahukan.

Bagaimana nak tetapkan target?Perlu diingatkan, pengurangan berat badan mesti dilakukan secara berperingkat. Tidak boleh dilakukan secara mendadak.

Mungkin anda boleh sediakan satu buku khas untuk mencatatkan perkembangan berat, ukur lilit dan sebagainya. Jangan pula sampai stress sebab berat tak turun. Stress boleh menyebabkan susu ibu merudum tau.

Tips #2: Susukan anak dengan susu ibu

Ada sesetengah ibu, mengelak daripada menyusukan anak kerana bimbang bentuk badan akan berubah.

Sebenarnya, ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang sama boleh kurus jugak.

Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.

Tips #3: Banyakkan pengambilan protein

Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.

Tips #4: Banyakkan bergerak

ibu bayi bersenam

Pastikan kita banyak bergerak selepas habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung anak diluar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori badan kita dan membuatkan kita berpeluh.

Tips #5: Makan sedikit

Hindari makan terlalu banyak dan menjaga metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar baru kita nak makan, sebab nanti kita akan lagi cenderung untuk makan lebih banyak.

Tips #6: Kudapan yang sihat

Elakkan daripada mengambil kudapan atau makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek, aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad. Itu lebih berkhasiat.

Tips #7: Banyakkan serat

Pengambilan makanan yang kaya dengan serat boleh membuatkan kita kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

Tips #8: Banyakkan pengambilan air

Air berfungsi sama seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu makan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga dapat membantu dalam proses pelangsingan ibu seperti mengamalkan Lecithin dan Alfalfa. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link di bawah ini.

Kurus semasa Menyusu

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua.

(Visited 96 times, 11 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!