9 Amalan Secara Tradisional, Berpantang Selepas Bersalin

Semakin dunia di lambakkan dengan amalan moden, amalan tradisional mula dilupakan sedikit demi sedikit. Walaupun mungkin masih ramai yang mengamalkan petua nenek moyang, tetapi apa yang mereka amalkan bukan lagi mengikut tradisi lama dan mula diubah mengikut perubahan zaman.

berpantang-secara-tradisional

Apakah amalan secara tradisional, berpantang selepas bersalin yang masih di amalkan adalah seperti berikut :-

1- Cara Tidur Selepas Bersalin

Tidur dengan bantal tinggi supaya darah kotor tidak naik ke kepala dan juga menjauhkan diri daripada sakit kepala.

Kaki rapatย  dan lurus. Ini untuk menjaga supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula, begitu juga dengan luka selepas bersalin akan cepat sembuh.

2- Pakaian selepas melahirkan

Pakaian tebal baju panas lengan panjang.

Memakai baju tebal mungkin tidak lagi relevan dengan keadaan cuaca pada masa kini. Orang dulu-dulu memakai baju tebal supaya angin tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang-tulang di usia tua. Memandangkan cuaca sekarang selalunya panas, memakai baju yang bersesuaian adalah perlu untuk keselesaan ibu.

Ibu berpantang juga biasanya memakai stokin supaya kaki sentiasa panas dan angin sejuk yang boleh merosakkan kesihatan tidak akan masuk ke badan.

3. Dandanan Rambut

Sebaiknya rambut ibu diikat ketat dan tinggi supaya angin meroyan tidak naik ke kepala, jika tidak dijaga ibu-ibu boleh menjadi gila (meroyan) dan mata cepat rabun

Sapu minyak zaitun di rambut. Tujuannya agar kulit kepala rasa segar dan juga menghilangkan rasa pening selepas bersalin.

4. Memakai Pilis di Dahi

Pilis dibuat daripada kulit kayu manis yang diasah pada buntut pasu dan dicampurkan dengan sedikit air

Caranya, sapu pada dahi.

Tujuan memakai pilis adalah untuk:-

  1. Mencegah angin meroyan naik ke kepala
  2. Mencegah dari rabun mata.

5- Berbedak

Bedak dibuat dari bedak sejuk dan ragi.

Caranya :

Ambil sebuku ragi tapai, hancurkan bersama sedikit bedak sejuk, setelah itu masukkan sedikit air dan ratakan bahan tadi. Sapu seluruh badan jangan terlalu tipis dan jangan terlalu tebal.

Biasanya, ibu-ibu ‘berbedak ‘ selepas mandi pagi dan sebelum bersarapan. Ia bertujuan untuk mencegah badan dimasuki angin dan menjadikan kulit tegang semula.

Berbedakย  biasanya dilakukan selama dua minggu setelah melahirkan anak, tapi sekiranya ibu-ibu hendak melakukannya selama 44 hari adalah lebih elok lagi.

6- Berbengkung

Caranya:

Ambil dua sudu kapur makan , campurkan dengan perahan asam jawa dan sedikit air untuk mencairkannya. Sapu bahan tadi pada perut rata-rata, jangan terkena pusat. Setelah itu, pakailah bengkung.

Rawatan ini untuk mengempiskan perut dan mengelakkan perut daripada cepat berkedut.

Lakukan sekali sehari iaitu selepas mandi pagi.

7- Bertungku

Ambil batu sungai, panaskan pada api dapur. Setelah cukup panas, balutkan dengan kain bersih yang sudah tidak digunakan lagi. Pastikan balutan kain tidak terlalu tebal kerana jika balutan terlalu tebal kepanasannya akan berkurang.

Faedah bertungku :-

  1. Supaya batu meroyan cepat mengecut
  2. Menghindarkan perut daripada buncit
  3. Supaya darah beku cepat pecah
  4. Ibu-ibu tidak akan rasa sakit merengat selepas melahirkan.

8- Mandi dengan Mandian Herba

Mandi selepas bersalin ialah untuk menyegarkan tubuh dan mengendurkan urat saraf serta memulihkan tenaga selepas bersalin.

Ramuan untuk mandian adalah :

Daun nangka, daun serai wangi, daun pandan dan beberapa jenis daunlagi boleh digunakan sebagai bahan mandian.

Cara-caranya :-

Daun-daun ini akan direbusย  sehingga mendidih. Setelah campurkan air rebusan daun dengan air mandian sebanyak satu besen besar. Air yang dicampur biasanya suam-suam kuku panasnya.

Khasiat daripada mandian daun

  1. Untuk menyegarkan urat saraf serta menghilangkan kelesuan dan keletihan ketika melahirkan anak.
  2. Ibu-ibu hendaklah mandi di waktu pagi ketika cuaca agak panas. Mandilah dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang supaya manfaatnya lebih nampak kesan. Memang segar sangat badan lepas mandi, baunya pun harum.

9- Minum Jamu

Setelah dua minggu atau lebih, ibu-ibu lepas bersalin barulah boleh meminum jamu. Jamu ini boleh memanaskan badan dan mengeutkan peranakan. Jika ibu-ibu menyusukan anak dan didapati anak berpenyakit kuning, hendaklah ibu-ibu memberhentikan pengambilan jamu.

(Visited 3,916 times, 36 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

6 thoughts on “9 Amalan Secara Tradisional, Berpantang Selepas Bersalin

  1. Masa bersalin anak pertama culas berpantang huhu mujur bersalin anak kedua tertib sikit pantang. Bahaya kalau tidak jaga pantang kan masa tua nanti akan nmpk kesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!