9 Cara Mudah Nak Kurus, Tanpa Berlapar

Nak kurus bukan bermaksud anda kena berlapar selalu. Boleh makan, cuma apa makanan yang nak diambil perlu dipantau.

Anda dah tetapkan berapa target nak kurus? Pastikan ia bersesuaian dengan kemampuan anda dan tidak mengganggu kesihatan anda. Berikut adalah tips atau panduan yang boleh anda ikuti untuk misi kurus anda.

9 cara untuk kurus

Cara Nak Kurus #1 – Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan.

Tukar makanan yang tidak menyihatkan dalam hidup. Jajan, kerepek atau cikedis itu adalah makanan ringan yang tidak menyihatkan. Elakkan terus makanan-makanan seperti itu dan biasakan diri untuk memilih kudapan buah-buahan. Potong kecil-kecil buah- buahan seperti epal, oren atau mangga. Mengambil buah-buahan seperti ini sebagai snek lebih baik dan berkhasiat untuk anda. Jadi, siapa kata perlu berlapar untuk kurus?

Cara Nak Kurus #2 – Banyak makan protein tanpa lemak. 

Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak! Jangan jadikan lemak sebagai favorite anda lagi selepas ni. Pilih makanan dengan berhemah di samping dapat pula menjaga kesihatan.

Baca Juga : 11 Makanan Pembakar Lemak Yang Mudah Di Perolehi.

Cara Nak Kurus #3 – Makan bijirin penuh.

Bila memilih bijirin, carilah priduk yang mempunyai label 100% whole wheat atau 100% wholegrain dan bukan hanya tepung gandum. Bijirin memastikan anda rasa penuh dan masih kenyang lagi. Ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

Cara Nak Kurus #4 – Makan produk tenusu rendah lemak.

Untuk produk susu pula, tukarlah produk tenusu yang tinggi lemak yang biasa anda ambil kepada yang rendah lemak, kaya protein dan vitamin B6. Perhatikan label pada kotak dengan lebih teliti agar kalori yang anda ambil dapat membantu anda untuk kurus.

Cara Nak Kurus #5 – Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari.

Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.  Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan.

Berilah tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula kerana ia membuat anda berasa letih  dan teringin nak makan lagi dan lagi. Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda tersedar yang sebenarnya anda sudah kenyang. (Makan dengan tertib , jangan gelojoh).

Cara Nak Kurus #6 – Makan makanan yang berindeks rendah glisemik.

Makanan berindeks glisemik rendah ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, kenyang pun lebih lama. Ini kerana, badan anda menyerap nutrient secara perlahan-lahan , kejatuhan gula dalam darah juga tidak lah secara mendadak.

Contoh makanan rendah glisemik ialah kobis, saderi, timun zuchini, daun salad gelap, bawang pir, tomato, brokoli, pisang, epal dan beri.

Artikel Berkaitan : ESP, Makanan Berindeks Glisemik Rendah Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis.

Cara Nak Kurus #7 – Jangan makan apa-apa kira-kira dua jam sebelum tidur.

Apabila anda makan lewat malam, dan seterusnya terus tidur, sistem pencernaan tidak dapat mencerna dengan betul dan proses berlaku dengan lebih perlahan berbanding waktu sebelumnya. Apabila selalu sangat begitu, berat badan mudah naik dan misi kurus anda akan gagal.

Waktu yang terbaik untuk anda makan malam adalah sebelum pukul 8 malam. Namun sekiranya anda tidak sempat menikmati makan malam sebelum waktu itu, cukup lah sekadar mengalas perut dengan biskut atau buah-buahan.

Cara Nak Kurus #8 – Minum air kosong yang mencukupi.

Anda perlu menggantikan semua minuman biasa dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Dengan pengambilan air kosong yang mencukupi akan memudahkan anda untuk menurunkan berat badan.

Sesekali, boleh lah anda pertimbangkan air berperisa jika perlu. Kadang-kadang bosan juga kan asyik minum air kosong sahaja. Cubalah minum air limau sebagai selingan kerana dikatakan air tersebut adalah cara semulajadi bagi meningkatkan metabolism anda.

Cara Nak Kurus #9 – Kurangkan pengambilan garam.

Walaupun garam adalah penambah perasa bagi menyedapkan mmasakan. Tapi garam juga memberikan keburukan jika diambil selalu dan berlebihan.

Garam boleh menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung- terutamanya dibahagian abdomen. Itulah sebabnya ada istilah gemuk air dimana penyebabnya adalah pengumpulan cecair di dalam tisu badan sehingga menampakkan seseorang itu kelihatan gempal ataupun gemuk.

Macam mana? Sudah dapat panduan untuk kurus. Sekiranya anda rasa panduan ini bermanfaat. Sudilah kiranya untuk share entri ini ke luar supaya sahabat anda yang lain juga mendapat faedahnya. Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog ini.

(Visited 65 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

8 thoughts on “9 Cara Mudah Nak Kurus, Tanpa Berlapar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!