9 posisi dukung bayi kecil yang betul

Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda terdapat 9 posisi untuk mendukung si manja. Cara memegang bayi yang betul adalah penting untuk diketahui kerana ototnya masih tidak kuat. Lagi-lagi pasangan suami isteri terutamanya yang baru bergelar ibu-bapa.

Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa pastinya kekok untuk mendukung bayi yang masih kecil. Begitu juga dengan Jida dan suami semasa anak masih kecil. Janggal sangat nak pegang bayi yang masih lembik. Tapi bila dah lama-lama, Insha Allah anda akan menjadi lebih expert.

posisi-dukung bayi

Salah satu penyebab bayi menangis ialah berasa tidak selesa apabila cara yang salah semasa mendukungnya.Bayi juga mungkin akan terseliuh, kaki atau tangan tersepit atau kepala terjuntai.

Antara posisi dukung yang boleh anda adalah seperti berikut :-

1.  Dalam lengan
Posisi ini kepala bayi menghadap ke arah anda membolehkan anda dan bayi berinteraksi dengan lebih berkesan. Posisi berbentuk C ini memberi rasa selesa kepada bayi anda. Cara ini paling sesuai untuk mendodoikan bayi. Di sampig itu, cara ini sesuai untuk memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi. Kelebihan posisi ini membantu menguatkan otot badannya terutamanya tulang belakangnya manakala kepalanya disokong dengan lebih selamat.

2. Rapat pada bahagian dada.

Posisi ini sesuai untuk bayi yang baru lahir kerana tulang ototnya masih lembut. Semasa ibu mendukungnya bayi akan merasa selamat apabila di dakap erat di bahagian dada ibu. Badan bayi didukung dalam posisi yang selesa apabila satu tangan diletakkan di bawah punggungnya dan sebelah tangan lagi menyokong kepalanya. Posisi ini juga membuatkan bayi mudah tertidur.

3. Pada bahagian bahu

Posisi ini memerlukan kepala bayi diletakkan pada bahagian bahu ibu. Satu tangan diletakkan dibawah punggungnya dan sebelah tangan lagi  akan memegang bahagian belakang bayi daripada bergerak dan menyokong badannya. Posisi ini mengelak kepala bayi daripada berjuntai . Ia juga adalah salah satu cara untuk sendawakan bayi dan mengelakkan bayi daripada muntah selepas menyusu susu ibu. Posisi ini juga dikatakan membantu menguatkan bahagian otot dan tulang belakang bayi.

dukung-bayi-1

4. Duduk di hadapan 

Posisi ini amat digemari oleh bayi. Ia membuatkan bayi lebih rileks dan dapat melihat pemandangan pada aras yang sama dengan ibunya. Posisi seakan duduk ini membolehkan anggota badan dan kepalanya lebih stabil. Dengan posisi ini badan bayi diampu dengan tangan di bawah punggung dan satu lagi tangan memeluk erat bayi.

5. Muka bayi ke bawah

Posisi ini memerlukan bayi dalam kedudukan mukanya ke bawah. Kedua belah tangan menyokong bahagian tengah perut dan dada bayi. Cara ini hanya sesuai untuk bayi selepas lapan minggu. Bayi yang kurang daripada lapan minggu tidak sesuai kerana masih belum mampu mengawal kepala dan otot-otot lain dengan baik. Dalam pada itu, posisi ini untuk melatih bayi menguatkan anggota badannya terutama bahagian dada. Ia juga boleh dipraktikkan apabila bayi menangis disebabkan colic (kembung perut).

dukung-bayi-dihadapan

6. Menghadap ke arah muka

Posisi dukung ini amat disukai oleh bayi kerana dapat melihat wajah ibunya. Cara ini seolah-olah sedang mengangkat bayi. Bahagian belakang kepala bayi dan punggung bayi diampu dengan baik. Cara dukung ini boleh boleh dilakukan dengan menghiburkan bayi sambil menyanyikan bayi lagu. Ibu juga boleh berinteraksi dengan lebih berkesan terhadap bayi.

7.  Baring di dada

Selain menggunakan posisi dukung, posisi ibu duduk sambil bayi baring di dada ibu juga boleh dipraktikkan. Posisi ini membantu bayi belajar bagaimana untuk menggerakkan jari kaki dan kepalanya serta menolak menggunakan lengannya. Ia membantu bayi menguatkan otot bahagian kaki dan lengannya. Posisi dengan 45 darjah ini membolehkan bayi baring dengan selesa dan tangannya akan sentiasa berada di hadapan bahagian dada anda.

8. Baring hadapan 

Bayi amat suka dengan posisi ini kerana ia membuatkan bayi lebih rileks. Sambil barig ibu dapat bermain dengan bayi. Posisi ini memerlukan kaki ibu menyokong bahagian belakang bayi dan kepala. Pada masa yang sama, sikecil akan menggerakkan tangannya ke arah anda. Cara ini membantu membina otot bahagian tangan agar lebih stabil.

9. Gendong bayi/ pendakap bayi

Selain menggunakan pelbagai posisi dukung bayi, anda boleh menggunakan alat bantu untuk mendukung bayi anda. Kini dipasaran terdapat pelbagai kain  pengendong bayi atau juga dikenali sebagai baby sling. Ia boleh digunakan pelbagai posisi antaranya cara posisi seakan bentuk C dan dukung di dada. Ciri-ciri keselamatan seperti ketahanan kain dan dengan fabrik kain yang lasak, gegelung untuk mengunci ikatan kain pengendong dan kualiti kain yang tidak panas. Elakkan menggina kain batik kerana jika ikatan tidak kuat, bayi mungkin jatuh dan tercedera.

Walau apa pun pilihan posisi mendukung yang anda sukai, utamakan keselamatan bayi anda terlebih dahulu.

Semoga artikel ini bermanfaat.  Thanks for reading.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 12,175 times, 30 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “9 posisi dukung bayi kecil yang betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!