9 Punca Kulit Menjadi Kering dan Kasar

Kulit kering selalunya mempunyai struktur kulit yang kasar. Kulit kelihatan kusam dan penghasilan sebum yang rendah menyebabkan muka kelihatan tidak berseri.

Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Berbanding jenis kulit lain, tanda-tanda penuaan akan cepat kelihatan lebih-lebih lagi garisan halus di tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Kulit kering juga akan cepat merekah tanpa kelembapan secukupnya dan sangat mudah terbakar (sunburn) dan menggelupas apabila terdedah kepada sinar matahari yang terik.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering?

faktor-faktor kulit kering

1. Kurang Minum Air

Dehidrasi adalah penyebab utama masalah kulit wajah kering dan kusam. Kulit kering boleh terjadi kalau anda tidak cukup minum air atau terlalu banyak mengambil kafein dan makanan manis.

Nak kulit seluruh tubuh anda lembab dan cantik? Amalkan minum air kosong dengan mencukupi sepanjang hari.

2. Mandi dengan air panas

Suhu air yang panas boleh menyebabkan kelembapan kulit mudah hilang dan membuat kulit menjadi kering. Oleh itu, semasa mandi, sebaiknya pastikan suhu air adalah sesuai.

3. Mandi terlalu lama

Air juga memiliki kecenderungan untuk menghilangkan kelembapan semulajadi kulit. Jadi, sebaiknya peruntukkan masa mandi dalam waktu 5-10 minit saja.

4. Penggunaan sabun atau bahan antiseptik berlebihan

Selain itu, penggunaan sabun berlebihan boleh membuat kulit semakin kering. Rasa kesat setelah mandi bukan bererti kulit semakin bersih, melainkan tanda lapisan minyak alami kulit hilang dan kulit menjadi kering. Semakin sering terkena sabun, semakin banyak lapisan minyak pada kulit yang hilang. Hal yang sama juga terjadi ketika anda berlebihan menggunakan bahan antiseptik.

Sebaiknya pilihlah produk sabun yang mengandungi pelembap alami dan gunakannya secara berpada-pada.

5. Terlalu sering menggosok tubuh (scrubbing)

Penggunaan alat bantu mandi seperti batu apung, span kasar, atau bahan kasar lainnya memang membuat kulit terasa lebih bersih. Namun, sebenarnya ia juga boleh mengakibatkan permukaan kulit menjadi rosak.

Jadi elakkan penggunaan alat bantu mandi yang kasar dan hanya gunakan tangan atau lap lembut untuk membersihkan tubuh.

6. Penggunaan Penghawa Dingin Yang Tidak Terkawal

Penggunaan penghawa dingin memang menyelesakan anda samaada dirumah atau di dalam pejabat. Namun, kawalan suhu yang kurang tepat malah akan menghilangkan kelembapan udara. Produk pendingin dan pemanas udara sama-sama berpotensi mengganggu kelembapan kulit jika disetkan pada suhu yang ekstrem. Sebaiknya anda cubalah untuk mengawal suhu ruangan agar terasa sejuk, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin.

7. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Jenis ubat yang boleh menyebabkan kulit kering antara lain ubat jerawat, darah tinggi, dan kolesterol.

8. Pertambahan usia

Faktor ini juga turut mempengaruhi kelembapan kulit. Seiring dengan bertambahnya usia, penghasilan pelembap semulajadi pada kulit juga semakin menurun.

9. Genetik (Keturunan)

Faktor genetik dan sejarah keluarga dapat juga menyebabkan beberapa gangguan kulit. Hal ini menyebabkan komposisi dan struktur kulit berbeza dengan orang normal. Perbezaan komposisi dan struktur kulit akan meningkatkan risiko kulit kering dan beberapa masalah kulit lainnya.

Contohnya seperti psoriasis, dermatitis atopik, dan kelainan kelenjar tiroid. Penyakit-penyakit tersebut sering dikaitkan dengan keadaan kulit kering. Sebaiknya segeralah mendapatkan konsultasi doktor untuk menangani penyakit tersebut dan mencegah daripada kulit menjadi semakin kering.

(Visited 167 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

6 thoughts on “9 Punca Kulit Menjadi Kering dan Kasar

  1. Kulit kering nih memang nampak macam tiada masalah sangat. Sebab tak berminyak, jadi jerawat pun kurang muncul, cuma timbul masalah bila kulit kering yang terlalu serius. Sampai kena air pun sakit, kulit mengelupas lagi. Jadi, boleh elakkan dengan jauhi 9 faktor di atas. Terima kasih atas info bermanfaat ini.
    byte jannate recently posted…3 JENIS JERAGAT YANG WANITA PERLU TAHUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!