Kulit kering selalunya mempunyai struktur kulit yang kasar. Kulit kelihatan kusam dan penghasilan sebum yang rendah menyebabkan muka kelihatan tidak berseri.
Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan. Berbanding jenis kulit lain, tanda-tanda penuaan akan cepat kelihatan lebih-lebih lagi garisan halus di tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
Kulit kering juga akan cepat merekah tanpa kelembapan secukupnya dan sangat mudah terbakar (sunburn) dan menggelupas apabila terdedah kepada sinar matahari yang terik.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering?
1. Kurang Minum Air
Dehidrasi adalah penyebab utama masalah kulit wajah kering dan kusam. Kulit kering boleh terjadi kalau anda tidak cukup minum air atau terlalu banyak mengambil kafein dan makanan manis.
Nak kulit seluruh tubuh anda lembab dan cantik? Amalkan minum air kosong dengan mencukupi sepanjang hari.
2. Mandi dengan air panas
Suhu air yang panas boleh menyebabkan kelembapan kulit mudah hilang dan membuat kulit menjadi kering. Oleh itu, semasa mandi, sebaiknya pastikan suhu air adalah sesuai.
3. Mandi terlalu lama
Air juga memiliki kecenderungan untuk menghilangkan kelembapan semulajadi kulit. Jadi, sebaiknya peruntukkan masa mandi dalam waktu 5-10 minit saja.
4. Penggunaan sabun atau bahan antiseptik berlebihan
Selain itu, penggunaan sabun berlebihan boleh membuat kulit semakin kering. Rasa kesat setelah mandi bukan bererti kulit semakin bersih, melainkan tanda lapisan minyak alami kulit hilang dan kulit menjadi kering. Semakin sering terkena sabun, semakin banyak lapisan minyak pada kulit yang hilang. Hal yang sama juga terjadi ketika anda berlebihan menggunakan bahan antiseptik.
Sebaiknya pilihlah produk sabun yang mengandungi pelembap alami dan gunakannya secara berpada-pada.
5. Terlalu sering menggosok tubuh (scrubbing)
Penggunaan alat bantu mandi seperti batu apung, span kasar, atau bahan kasar lainnya memang membuat kulit terasa lebih bersih. Namun, sebenarnya ia juga boleh mengakibatkan permukaan kulit menjadi rosak.
Jadi elakkan penggunaan alat bantu mandi yang kasar dan hanya gunakan tangan atau lap lembut untuk membersihkan tubuh.
6. Penggunaan Penghawa Dingin Yang Tidak Terkawal
Penggunaan penghawa dingin memang menyelesakan anda samaada dirumah atau di dalam pejabat. Namun, kawalan suhu yang kurang tepat malah akan menghilangkan kelembapan udara. Produk pendingin dan pemanas udara sama-sama berpotensi mengganggu kelembapan kulit jika disetkan pada suhu yang ekstrem. Sebaiknya anda cubalah untuk mengawal suhu ruangan agar terasa sejuk, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin.
7. Pengambilan ubat-ubatan tertentu
Jenis ubat yang boleh menyebabkan kulit kering antara lain ubat jerawat, darah tinggi, dan kolesterol.
8. Pertambahan usia
Faktor ini juga turut mempengaruhi kelembapan kulit. Seiring dengan bertambahnya usia, penghasilan pelembap semulajadi pada kulit juga semakin menurun.
9. Genetik (Keturunan)
Faktor genetik dan sejarah keluarga dapat juga menyebabkan beberapa gangguan kulit. Hal ini menyebabkan komposisi dan struktur kulit berbeza dengan orang normal. Perbezaan komposisi dan struktur kulit akan meningkatkan risiko kulit kering dan beberapa masalah kulit lainnya.
Contohnya seperti psoriasis, dermatitis atopik, dan kelainan kelenjar tiroid. Penyakit-penyakit tersebut sering dikaitkan dengan keadaan kulit kering. Sebaiknya segeralah mendapatkan konsultasi doktor untuk menangani penyakit tersebut dan mencegah daripada kulit menjadi semakin kering.
Terima kasih di atas perkongsian info… Baru tahu ada 9 faktor yang boleh menyebabkan kulit jadi kering dan kasar… Sebelum ni cuma tahu kalau tak cukup minum air jer…
Anuar recently posted…Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Lepas ni boleh la beringat ya bila dah tau punca kulit kering tu..
jida recently posted…6 Tips Yang Best Untuk Dapat Kulit Flawless Dan Senang Make Up
Selalu mandi dgn air panas.. Tak tau pula boleh keringkan kulit… Thanks for info…
Syok kan bila mandi air panas.. Kena berpada-pada lah kalau nak mandi pakai air panas. Bukan tak boleh, cuma janganlah kerap.
Jida recently posted…Homestay Cantik Dan Selesa di Bandar Mahkota Cheras
Kulit kering nih memang nampak macam tiada masalah sangat. Sebab tak berminyak, jadi jerawat pun kurang muncul, cuma timbul masalah bila kulit kering yang terlalu serius. Sampai kena air pun sakit, kulit mengelupas lagi. Jadi, boleh elakkan dengan jauhi 9 faktor di atas. Terima kasih atas info bermanfaat ini.
byte jannate recently posted…3 JENIS JERAGAT YANG WANITA PERLU TAHU
sakit tu bila kulit kering sangat. Pernah kena kulit tapak tangan kering sangat sampai menggelupas. Aduh, tak selesa plus rasa gatal juga.
Jida recently posted…Cara Nak Verify Akaun Youtube Dengan Android
SERAM dengo…akak nak cantik lah..tk moh lah kulit jadi kering….ni kena banyak minum air …
Tapi bab air cond memng tak boleh elak sebab toi2 depan muka ni…kt opis
sarinah bte hashim recently posted…TESTIMONY PENGHIDAP KENCING MANIS YANG MENGAMALKAN VIVIX
Kalau tempat kerja mengadap aircond memang kena extra care sikit la..Sapu krim atau losyen selalu untuk melembapkan kulit..
Jida recently posted…Macam Mana Nak Jadi Suri Rumah Bergaji?
Paling nda suka kulit kering terutamanya kalau stay hotel. Dah la air singki pun panas, bilik sentiasa akon. Mmg kering dibuatnya. Terpaksa sapu night cream NW tebal2. So kulit kembali moist 😁
Aya Chalo recently posted…Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3 Yang Berkualiti
Nasib baik ada penyelamat kan? Tidak lah risau dah bila stay tempat lain atau keluar bercuti..Tetap terjaga gitew..
Jida recently posted…Kenapa Saya Mudah Lupa Selepas Bersalin
Oh, rupanya mandi lama pun boleh lead kulit kering ya. Tak tau pun sebab syok mandi lama-lama. Sejukkk
Asyrafiah recently posted…3 Langkah Terbaik Menjaga Tulang
Haha..lepas ni mandi secukupnya je ya asy.
Jida recently posted…4 Movie Animasi yang Sesuai Di Tonton Seisi Keluarga