Adab menyambut kelahiran bayi menurut Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna untuk dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi menurut Islam seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu-bapa yang melahirkan zuriat. Terdapat beberapa  panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

bayi-baru-lahir-islam

1- Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan dimana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2- Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk di azankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi. Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan / iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya didunia. Sebab itu, bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

INFO : Dalam hadis hanya menyebut azan sahaja untuk bayi tetapi ulamak menyebut azan untuk bayi lelaki dan iqamat untuk bayi perempuan supaya senang hendak membezakannya.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui  oleh ibu-bapa boleh di bacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini isebut dalam hadis Sahih dari Bukhari. Jangan sesekali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi dengan tujuan untuk menghalau syaitan dan iblis. Perbuatan sepeti itu boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baru sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang baru mendapat ahli keluarga selain mengeratkan tali silaturrahim. Disarankan mereka yang berkunjung untuk  membawa menghukurkan buah tangan seperti wang, hadiah dan sebagainya kepada ibu-bapa bayi tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Sebaiknya bungkus terus dan tanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan di makan binatang. Perbuatan menanam uri bersama ojek lain yang dipercayai akan membawa nasib yang baik kepada bayi adalah merupakan amalan sesat dan boleh merosakkan akidah seseorang.

6. Sunat menamakan anak yang baru lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di Akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7- Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baru lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan dan terkawal lidahnya dripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat. Walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang soleh tetapi bapa kepada bayi itu adalah lebih utama untuk melakkan tahnik kerana hadis riwayat dari Tirmizi ada menyebutkan ‘salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya.

8- Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta  dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud  ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda syukur  kepada Allah SWT. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi, jika ibu bapa tidak mampu melakukan akikah dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum akil baligh si anak. Sunah Rasullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9- Mencukur jambul atau rambut anak baru lahir. Menggunting sedikit rambut bayi anda pada hari ketujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan baru anak kecil sebagai manusia dan hamba disisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut anak tetapi lebih baik jika dilakukan oleh orang soleh dan keluarga terdekat.

Klik Di sini untuk mengetahui 8 Perkara Yang Tidak Seharusnya anda lakukan pada seorang bayi.

(Visited 1,237 times, 55 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!