Aktiviti Bersama Keluarga di Floria Putrajaya 2014

floria2014-ruzidah3

Floria 2014 – Antara acara  tahunan terbesar yang dianjurkan oleh Kerajaan setiap tahun dan diadakan di Putrajaya. Rasanya sudah masuk tahun ke-4, saya dan keluarga mengunjungi Floria di sini dan tentunya bagi mereka yang tidak pernah mengunjungi Floria tertanya-tanya, apalah yang menarik sangat sehinggakan kami sekeluarga suka berkunjung ke sini.

Memang banyak aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini. Perkara pertama yang kami buat setibanya di Floria Putrajaya ialah jalan-jalan dan ambil gambar. Menarik sangat kalau nak ambil gambar di sini. Maklumlah terdapat pelbagai jenis dekorasi bunga yang indah-indah dan taman-taman yang dihias cantik untuk anda merakamkan kenangan disini. Memang tak cukup lah sejam dua kalau nak singgah ke sini.

floria-ruzidah
Antara hasil kreatif di dalam bilik pameran

Bagi penggemar bunga dan pencinta alam semulajadi , memang berbaloi sangat berkunjung ke sini. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan yang boleh anda dapati dan kalau nak di sebutkan satu persatu memang susah sikit lah sebab saya bukannya reti sangat pasal bunga ni. Hehe..maaf lah ye..Tapi antara yang ada dan common untuk orang seperti saya ialah seperti bunga ros, matahari, bunga raya dan bunga kertas. Bertemakan ‘ Pesona Warna‘, FLORIA Putrajaya 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman indah lagi berwarna warni.

Lupa pulak nak bagi tahu awal-awal tadi, tahun ini pihak Floria telah mengenakan sedikit bayaran masuk untuk pengunjung yang datang. Bagi pengunjung dewasa bayarannya adalah RM3 , manakala bagi kanak-kanak (7-12 tahun) cuma RM1.Jadi, sila bayar tiket dulu ya sebelum masuk. Jangan main redah je. Hehe..

Selain daripada taman-taman dan dekorasi bunga , terdapat juga satu kawasan yang dikhususkan untuk menjual pokok bunga, anak pokok, baja, peralatan pertanian dan pelbagai jenis benda yang berkait dengan pertanian. Sekiranya anda ingin membeli tanah hitam, pasu atau baja dalam kuantiti yang banyak , mereka akan tolong anda mengangkut barang tersebut sampai ke parking. Jadi, jangan risau sekiranya anda meletak kenderaan jauh dari gerai. Nak tahu apa yang saya beli kat sana ? Satu je .. Anak pokok zinnia. (kalau tak kenal sila la google, tak sempat pulak nak tangkap gambar). Harap-harap boleh kekal lama lah hendaknya. Amin….

Kemudahan-kemudahan asas yang terdapat disitu juga elok disediakan. Terdapat surau, tandas dan tempat makan untuk kemudahan semua. Malah, disediakan juga mesin jualan minuman layan diri di tempat-tempat tertentu. Dengan cuaca yang agak panas sekarang ini, tentu sahaja bekalan air minuman diperlukan. Masukkan sahaja duit yang mencukupi ke dalam mesin, kemudian tekanlah air pilihan anda. Kalau perut berkeroncong pula, terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda pilih.  Banyak sangat, daripada fast food hinggalah ke char keow tiau. Semua ada.

Malamnya pula diadakan pertunjukan kapal berhias dan pertunjukan bunga api yang sangat meriah dengan membawakan tema ‘ Magic of The Night‘. Walaupun teruja untuk melihat kehebatan Malam penuh Magik itu, tapi dek kerana perut dah memboyot macam ni terpaksalah mak yong ini membatalkan hasrat untuk melihat pertunjukan yang ada disebelah malam. Kaki pun dah sakit-sakit akibat kepenatan berjalan jalan melihat bunga-bungaan dan padahnya malam itu sampai nak tidur pun masih terasa sakit kaki. Nasib baik tak cramp!

Floria Poster
Floria Poster

 

(Visited 170 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!