Aktiviti Bersama Keluarga : Kolam Air Panas Selayang

Pada hari Ahad yang lepas kami sekeluarga mengunjungi rumah anak buah suami di Rawang. Sambil-sambil beraya, tuan rumah tersebut mengajak kami ke Kolam Air Panas Selayang yang ada berdekatan.

Memandangkan cuaca pun agak mendung sebelum itu, maka setujulah kami dengan cadangan tersebut. Walaupun ini adalah aktiviti tidak terancang, dalam kereta memang dah ada baju lain untuk salin nanti. (Perangai mak-mak memang begitu, sediakan payung sebelum hujan lebat katanya).

Jarak dari rumah anak buah dengan tempat air panas tersebut lebih kurang 15 minit. Takde lah jauh sangat. Bayaran masuk ke situ untuk satu kereta cuma RM2. Dan, kalau anda datang dengan motosikal, bayarannya cuma 50sen. Murah lah kan.

Kawasan parkingnya luas dan boleh memuatkan berpuluh kereta. Jadi, tak risau kalau nak datang satu rombongan sekalipun.

kolam air panas selayang
Salah satu kolam air panas yang ada disitu

Sebenarnya, terdapat 3 buah kolam air panas yang besar dan 1 kolam yang kecil untuk rendaman kaki. Macam gambar Dayana dibawah ni kolam kecil untuk rendaman kaki lah. Ada batu-batu refleksologi juga disediakan di dalam kolam. Jadi sambil berendam bolehlah pijak-pijak kaki pada batu.

kolam air panas selayang
Ini air panas level rendah kat sini. Yang lain memang berasap keluar.

Mula-mula tak nak dia masukkan kaki ke dalam kolam tu. Tapi, lama-lama, boleh tahan pula dia. Siap papanya siram dengan air panas pun dah boleh terima.

Selain daripada tempat parking yang luas, terdapat juga kemudahan awam yang lain seperti tandas dan tempat makan. Malah, mereka juga menyediakan kemudahan sewaan peralatan mandi seperti gayung, baldi dan besen.

kolam air panas selayang
Yang macam telaga ni pun ada orang mandi jugak. Siap berendam lagi. Hebat!

Secara keseluruhan, nak bawa keluarga ke sini memang best , tapi kalau ada zon untuk muslimah, mungkin lagi bagus. Dapatlah kami join sama celup-celup kaki.

Ok, itu je lah pengalaman Jida di Kolam Air Panas Selayang. Kalau anda tak tau mana nak tuju hujung minggu nanti, mungkin boleh terjah ke sini bawa family. Alright, sehingga berjumpa lagi dilain entri. Bye.

(Visited 30 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

6 thoughts on “Aktiviti Bersama Keluarga : Kolam Air Panas Selayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!