Aktiviti Hari Minggu : Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih

Pagi-pagi lagi encik suami dah sibuk-sibuk nak mandi sungai. Aduhai wahai encik suami, suka sangat dengan air terjun dan pantai. Anak-anak pun memang dah dibiasakan dengan air dan alam semulajadi dari kecil. Al maklumlah kami ni orang kampung je. Hidup dengan melihat pokok-pokok dan alam adalah perkara yang sangat menggembirakan. Hehe..

Artikel Berkaitan : Makan Angin Di Pantai Morib

Jadi, di pagi Sabtu yang ceria ini terjadilah perjalanan kami sekeluarga ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang terletak di Semenyih, Selangor.

Design-2016-06-04-22-50-03

Inilah rupa pintu gerbang Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Maaflah, tak ambik gambar penuh. Hanya sempat ambik separuh. Tapi lebih kurang begitulah rupanya. Nak lebih jelas boleh klik sini ya.

Bila sampai sini agak susah jugalah nak cari parking kosong. Yelah, kami sampai pun dah tengahari dan kebetulan pulak time cuti sekolah dan cuti umum(Hari Agong). Memang ramailah pengunjung yang datang mandi manda kat sini. Selepas menunggu dalam 15 minit, dapatlah juga parking kosong. Alhamdulilah.

Mula-mula masuk haruslah membayar tiket masuk dulu. Tapi jangan bimbang, tiketnya murah je. Dewasa seringgit, manakala kanak-kanak pulak 50 sen. Jadi jumlah bayaran masuk mak pak dan anak-anak 2 orang RM3.

bayaran masuk sg tekala
Kaunter Tiket

Daripada pintu masuk sahaja kami dah boleh nampak ramai orang mandi-mandi di sungai. Ada yang bawak khemah, ada yang bentang tikar, ada yang tengah BBQ dengan keluarga dan ada juga yang tengah duduk je tak buat apa. Haha..

Selain itu, terdapat beberapa kemudahan asas yang disediakan kepada pengunjung disini. Antaranya seperti surau, tandas awam, tempat persalinan dan gerai makanan dan minuman. Jadi, jangan risau sekiranya anda nak solat atau nak tukar baju, kemudahan tersebut ada di sini.

Oleh kerana kawasan mandi yang mula-mula kami nampak tu agak cetek kedalamannya, maka suami ajak pergi exercise panjat bukit sikit. Boleh lah buat hilang lemak 500 gram. ( Ye ke ?)

panjat bukit di sungai tekala
Naik bukit. Posing sekali
turun bukit sg tekala
Turun Bukit ..Posing lagi. =)

Sebenarnya takde lah tinggi sangat pun nak panjat tangga tu. Tapi disebabkan panjat sambil dukung si Dalili yang agaknya dah 10 kg sekarang ni mau penat jugak dibuatnya. Nasib baik, kain baju dan makanan semua, suami yang pegang. Kalau tak memang surrender la akak nak panjat tangga ni.

Dah jumpa kawasan mandi yang sesuai, apalagi. Jom terjun tiruk.. Haha..Airnya sangat sejuk seperti air dari peti ais. Menggigil-gigil anak Jida yang kecik tu bila di letakkan di dalam air. Risau takut dia demam ke selsema, maka takdelah kami berlama-lama sangat rendam dia di dalam air. Cukuplah sejam dua je. Sesekali kami duduk di atas tikar untuk mengisi perut. Sebelum ke sini, memang kami dah siap-siap tapau nasi bungkus untuk makan kat sini. Memang best sangat makan kat tepi sungai.

muka-muka ceria dapat mandi sungai
Muka-muka ceria dapat mandi sungai

Apabila anak-anak dah penat mandi dan si kecik pun dah mula mengantuk. Maka beransur-ansur lah kami dari situ. Siap pack-pack barang dan buang sampah ke dalam tong sampah. Terus sahaja kami beredar dari situ.

Kalalu ada rezki, insha Allah boleh datang lagi ke sini. Memang mendamaikan dan yang penting anak-anak gembira.

Ok lah itu sahaja aktiviti family kami minggu ini. Terima Kasih sebab sudi baca.

(Visited 2,104 times, 24 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

5 thoughts on “Aktiviti Hari Minggu : Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih

    1. hehe..kalau bulan puasa memang kami pun dok umah..lagi2 dgn cuaca skrg..mau pengsan kalau keluar jalan2 time puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!