Aktiviti Hujung Minggu Satu Keluarga

Disebabkan ada cuti public iaitu cuti Pertabalan Agung, kami buat keputusan bawa anak-anak pergi memancing di luar. Lagi-lagi suami pun dah lama tak melakukan aktiviti kegemarannya ni. So, bagilah peluang cik abang memancing sambil anak-anak pun boleh bermain di luar.

camping-aktiviti bersama anak-anak
Suami pasang khemah siap-siap untuk anak-anak dan isterinya berteduh. Hehe..
memancing bersama papa
Si kecik pun nak pegang batang pancing gak.

Setelah pulang dari memancing, dua-dua anak Jida tidur kepenatan. Almaklumlah, lebih kurang tiga jam juga kat sana. Dapatlah beberapa ekor ikan untuk di bawa pulang.

Bila lihat anak-anak gembira betul beraktiviti hari tu, baru Jida sedar, anak-anak dah lama tak di bawa keluar melakukan aktiviti sihat diluar. Banyak buat aktiviti indoor je kebelakangan ini. Kesian anak-anak, lepas ni kena spend satu hari dalam seminggu supaya anak-anak dapat melakukan aktiviti sihat.

Selain memancing dengan batang pancing suami ada juga guna jaring untuk tangkap  ikan. Tapi itu belah petang la dengan kawan-kawannya. Sebaik saja tangkap untuk kali pertama diaorang terus bakar kat situ. Siap bawak nasi dan ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan.

ikan tangkapan hasil menjaring
Ikan tangkapan hasil menjaring

Korang pula, buat aktiviti apa dengan keluarga cuti-cuti minggu lepas? Mesti best juga kan? Bagi yang jarang buat aktiviti luar dengan anak-anak, apakata luangkan sedikit waktu dengan mereka. Mesti diaorang gembira. InshaAllah.

(Visited 67 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!