Aktiviti Sihat Bersama Anak-anak

Walaupun mencari rezeki itu perlu, tapi jangan pula dek kerana mengejar kepuasan dalam berkerjaya, anak-anak yang menjadi mangsa . Sudahlah bekerja daripada awal pagi hingga ke petang. Waktu malam sambung pula menghadap laptop atau smart phone. Kesian, anak-anak dibiarkan bermain sendirian. Terdapat pelbagai aktiviti mudah yang boleh anda cuba sebenarnya bersama-sama anak. Manfaatkan waktu yang ada sebaik-baiknya disaat mereka memerlukan anda.  Luangkan sejam yang bermakna pun sudah cukup untuk mencipta kemesraan antara anda dan ahli keluarga. Pastikan dalam tempoh itu anda cuma focus pada aktiviti bersama keluarga sahaja. Jangan campur adukkan dengan perkara luar pula.  

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Seni Visual untuk kanak-kanak merangkumi aktiviti menggambar,aktiviti membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan.        

Tujuannya adalah :
  • Meningkatkan kreativiti kanak-kanak.
  • Mengenal dan mengaplikasi bahan seni.
  • Mengekspresi kreatif
  • Mengapreasiasi seni di persekitaran dan keindahan alam.
  • Mencungkil bakat kanak-kanak.

Ini antara aktiviti indoor yang boleh anda lakukan bersama anak-anak. Walaupun nampak bersepah, namun aktiviti beginilah yang boleh merangsang minda mereka.

Aktiviti Seni : MELUKIS

Kids-Activities-1

Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan. Menurut Kamus Dewan (2010), kreativiti adalah kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Perkembangan aktiviti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur 

 Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.
2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.
4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi
8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.
10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi
12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.Kita menggalakkan anak melukis kerana ia antara cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak.  

Beri galakan untuk mereka berkreativiti dan berilah sedikit pujian untuk mereka apabila mereka Berjaya melukis sesuatu gambar.  Pujian daripada ibu bapa sangat bermakna buat anak-anak dan boleh membuatkan mereka merasa di hargai. 

Aktiviti Lain : MEMASAK KEK ATAU BISKUT BERSAMA

Kids-Activities-3

Aktiviti Lain : BERMAIN DOMINO/ PUZZLE / KAD

Kids-Activities-4

 

 

 

 

 

(Visited 291 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!