Anak Suka Hisap Ibu Jari

Assalamualaikum w.b.t

Jika diperhatikan, kebanyakkan kanak-kanak kecil mempunyai perlakuan menghisap ibu jari. Walaupun ia merupakan perlakuan yang biasa bagi kanak-kanak untuk hisap ibu jari, tetapi persoalannya adakah ia normal dan boleh dibiarkan? hisap ibu jari Ibu-bapa perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semulajadi kepada seorang kanak-kanak kecil secara semulajadi sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya. Jangan tarik tangannya! Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menarik ibu jarinya kerana tindakan ini tidak betul. Biasanya, tabiat seprti itu akan hilang apabila dia mencecah usia tiga tahun.

Ada pakar yang menyebut , kanak-kanak kecil yang diberikan susu empat jam sekali lebih cenderung untuk menghisap ibu jari berbanding dengan kanak-kanak yang diberi susu tiga jam sekali. Hal ini dikaitkan dengan ‘kelaparan‘. Apabila seorang anak kecil telah selesai menyusu sama ada susu formula atau susu ibu. Dia secara beransur-ansur akan menukar kepada jarinya pula. Malah, sekiranya dia melakukannya sebelum waktu makan, itu memberikan tanda yang kanak-kanak itu kelaparan.

Namun, jika selepas makan , anak masih menghisap jari, ia menunjukkan yang anda perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu dikawal sebelum ia berubah menjadi tabiat. Berita baik untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Bayi anda kemungkinan tidak akan menghisap ibu jari. Ini kerana, biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas.

Biarpun usianya sudah dua tahun dan payudara ibu sudah tidak ada susu, dia tetap akan mecari puting payudara. Proses ini akan berlangsung antara 5 ke 6 minit sahaja dan ia sekadar menghisap main-main sahaja atau sekadar melepas rasa gian.

Apabila bayi ini semakin besar, secara semulajadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. Bagaimanapun, jika dia masih mempunyai tabiat menghisap ibu jarinya, anda perlu berfikir sama ada  mahu meningkatkan jumlah penyusuan atau tidak. Secara amnya, bayi perlu meneruskan untuk tumbesarannya.

Kanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semulajadi apabila usia tiga atau empat bulan. Jika anak kecil anda menghisap ibu jarinya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk mencari keselesaan. Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa, jadi, sebaai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.

Selain itu, bayi yang tumbuh gigi juga mempunyai tabiat untuk menghisap jari. Ini mungkin membantu melegakan tekanan dari gusi mereka. Ibu-bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini. Lama kelamaan tabiat itu akan hilang apabila dia mula berkawan dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas.

Kesan negatif hisap jari

Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut. Banyak kajian pakar ortondontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi.

Tip Mudah Elak Anak Daripada Hisap ibu Jari

1- Jangan membuat anak anda berasa selesa apabila dia hisap ibu jarinya.

2- Jangan berleter kepada anak anda.

3- Cuba sibukkan dia dengan satu permainan apabila beliau mula mahu menghisap ibu jarinya.

4- Bina keyakinan kepadanya.

5- Jangan tarik ibu jarinya kerana dia cenderung untuk meneruskan tabiat itu.

Wassalam.

(Visited 1,141 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Anak Suka Hisap Ibu Jari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!