Apa Itu Infused Water dan Ketahui Cara Membuatnya?

Tidak suka minum air putih? Apa kata kali ini korang cuba buat Infused Water? Infused water mudah dibuat, tidak mahal, hampir tanpa kalori dan enak rasanya. Malahan ia juga boleh menjadi pilihan untuk menemai program diet anda. Kata nak kurus kan??

Apakah itu Infused Water?
Ada sesetengah orang setiap hari dia akan kira kalori makanan yang dia ambil. Ada sesetengah orang pula 3 hari dalam seminggu dia,wajib pergi bersenam atau berjogging. Selain daripada dua perkara yang Jida nyatakan di atas , trend gaya hidup sihat yang kini cukup popular ialah infused water.

Infused water

Infused water ialah air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum dinikmati. Cara pembuatannya pun sangat mudah dan anda tentu sahaja boleh membuatnya sendiri di rumah.

Keistimewaan dan Kelebihan Infused Water

Selain terkenal dapat menurunkan berat badan dengan efektif, infused water atau air yang berisi campuran sari buah ini boleh memberikan berbagai manfaat bagi kesihatan, seperti untuk detoksifikasi atau menyingkirkan racun-racun dalam tubuh, menyihatkan organ-organ tubuh, melancarkan metabolisme di tubuh, untuk melambatkan penuaan kulit (awet muda), menyegarkan tubuh dan sebagainya.

Dengan melihat gambarnya pun Jida rasa anda mungkin sudah dapat menggambarkan bagaimana kesegarannya saat menikmati air tersebut. Memang best.

Anda yang ingin diet atau menurunkan berat badan memang elok sangat cuba infused water. Ini kerana minum banyak air adalah salah satu hal yang digalakkan semasa berdiet. Kadang-kadang kita pun jemu juga kalau terpaksa minum air kosong je.

Untuk mengetahui bagaimana cara pembuatannya, silalah periksa langkah-berikut ini.

Perkara pertama yang harus anda sediakan untuk membuat infused water adalah air masak dan buah-buahan yang akan menjadi bahan utamanya. Setelah itu cuci bahan utamanya sampai benar-benar bersih dengan air yang mengalir. Setelah bahan-bahan dicuci bersih, barulah dipotong-potong, jangan terbalik pula. Jika Anda menggunakan jenis buah yang ukurannya besar, seperti epal dan mangga, maka buah dapat dipotong kotak-kotak seukuran 1cm*1cm*1cm atau dipotong tipis-tipis melebar. Manakala untuk buah yang ukurannya lebih kecil seperti anggur dan strawberi, cukuplah di potong menjadi dua atau tiga bahagian.

Cara buat infused water
Letak dalam bekas ni pun OK juga.

Setelah bahan sudah disiapkan, tuangkan 500 ml air masak ke dalam tumbler atau bekas kecil, kemudian masukkan buah-buahan, sayuran atau herba tadi, lalu ditutup bekasnya rapat-rapat. Dan masa ni korang tidak payah ngada-ngada nak tambah gula, sirup, susu, atau sejenisnya. Kata nak sihat, so penyedap dan penambah rasa tidak diperlukan dan boleh diletakkan jauh-jauh okeh??

Setelah itu masukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang 2-4 jam untuk memastikan pati-pati bahan yang digunakan larut di dalam airnya. Setelah tempoh masa mencukupi , infused water yang Anda buat telah siap untuk dinikmati.

P/S : Jika air dalam “air infus” anda sudah habis diminum, anda boleh mengisinya kembali dengan bahan yang sama, tapi jika bahannya sudah melebihi 8 jam, maka seeloknya diganti saja dengan yang baru.

Tapi, kalau rasa tak berapa rajin nak buat infused water ni, Jida ada beberapa suplemen yang sesuai untuk anda yang ingin detox. Hubungi saja Jida di talian di bawah ini agar Jida dapat membantu anda.

RUZIDAH ABDULLAH

013-6691930

(Visited 75 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!