Atasi Pedih Ulu Hati Dan Rasa Loya Dengan Peppermint Ginger Plus

Bulan puasa ni bila makan macam-macam mulalah kembung perut, sebu perut, angin satu badan. Lebih teruk lagi apabila bahagian dada atau bahagian tengah perut (betul-betul di bawah permukaan dada) terasa seperti nyeri, terbakar atau rasa panas, berkemungkinan besar anda menghidap masalah pedih ulu hati. Ia juga biasanya dapat dirasai naik dari bahagian dada ke leher, tekak dan rahang.

Pedih ulu hati yang disebabkan oleh refluks asid selalunya terjadi selepas makan, semasa berbaring atau ketika membongkok. Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan disalurkan secara peristalsis ke dalam perut untuk proses penghadaman. Untuk proses ini perut akan mengeluarkan sejenis asid perut.

pedih ulu hati

Di antara bahagian esofagus dan perut, terdapat injap yang berfungsi mengawal kemasukan makanan dan menghalang kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Injap ini dinamakan ‘Sfinkter Esofagus’. Apabila ketidakcekapan atau penutupan injap sfinkter yang tidak sempurna berlaku, maka ia terpaksa membenarkan kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Ini pula dinamakan sebagai ‘Refluks Asid ‘ yang menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi esofagus.

Kebiasaannya ia boleh dineutralkan dengan mengambil ubat tertentu yang boleh meneutralkan asid perut. Namun, ia perlu diberi perhatian jika masalah pedih ulu hati ini berlaku dengan kerap dan apabila menyebabkan rasa sakit kronik pada bahagian dada.

Jika anda menghidapi masalah pedih ulu hati yang disebabkan refluks asid, segeralah dapatkan rawatan doktor. Ini kerana rawatan segera dapat mencegah lapisan esofagus anda daripada terus cedera dan rosak di sebabkan oleh gangguan asid perut.

Jika tidak ditangani, mungkin boleh menyebabkan komplikasi lebih buruk kerosakan dinding esofagus atau ulser esofagus.

Antara Punca-punca dan Faktor-Faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah seperti berikut :-

  • Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
  • Pengambilan kafein/alkohol.
  • Makan dalam kuantiti yang banyak.
  •  Mengunyah dengan laju.
  • Melakukan aktiviti fizikal atau berbaring sejurus selepas makan.
  • Diet rendah serat.
  • Mengalami tekanan dan kemurungan.
  • Berlebihan berat badan
  • Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat)
  • Tabiat Merokok
  • Mengandung – Peningkatan hormon progesteron semasa hamil menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab dan melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas. Pada hujung kehamilan, bayi yang semakin besar akan menolak usus dan perut ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Masalah pedih ulu hati yang keterlaluan semasa mengandung tidak boleh diambil ringan terutamanya jika anda tidak mempunyai masalah gastrik sebelum mengandung. Ini kerana pedih ulu hati adalah salah satu gejala kepada penyakit sawan ketika mengandung dan ini sangat bahaya kepada kandungan.

Pengambilan Supplement Untuk Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati Secara Semulajadi dan Selamat

Langkah awal mencegah pedih ulu hati boleh dibantu melalui pengambilan suplemen kesihatan iaitu Peppermint Ginger Plus.

peppermint ginger plus

Setiap bahan utama dalam Peppermint Ginger Plus mempunyai fungsi yang khusus.

1. Pudina

Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia

Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk mencernakan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia berkesan dalam merawat/ mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennel)

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur Manis (anise)

Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.

Kenapa Peppermint Ginger berkesan?

Peppermint Ginger berkesan untuk masalah perut berangin kerana kombinasi 4 herba di atas yang mana dapat membantu dalam penghadaman, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Secara klinikal ianya sangat membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut dan usus, loya, mual angin ketika mengandung, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Anda boleh juga larutkan dalam air panas menjadi teh herba untuk mencuci usus dan perut.

Jika anda sedang mencari penawar untuk masalah pedih ulu hati yang kerap mengganggu anda selama ini, sudah tiba masanya untuk anda menghubungi Jida di 013-6691930.

Untuk pembelian secara online Peppermint Ginger Plus, boleh klik sini ya!

order-now-esell

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 178 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Atasi Pedih Ulu Hati Dan Rasa Loya Dengan Peppermint Ginger Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!