Bagaimana Pembelian Secara Online Membantu Bisnes Saya Berkembang?

Sepanjang buat bisnes Shaklee, Jida memang tak simpan stok banyak-banyak kat rumah. Kebanyakkannya Jida uruskan secara atas talian(online) sahaja.

Bisnes online

Bagi Jida, inilah kelebihan yang Shaklee tawarkan pada pengedarnya.

Tidak perlu simpan stok sendiri.

Kami tidak perlu bersusah payah nak simpan stok banyak-banyak dirumah. Adalah juga Jida buat stok suplemen-suplemen tertentu bagi pelanggan yang nak urgent tapi takde lah banyak. Cukuplah beberapa jenis yang ‘high demand’. Selebihnya, Jida order je dari laman web shaklee.

Menjimatkan masa dan tenaga

Bila order online ni, masa dan tenaga pun jimat. Tak payah nak susah-susah packing, tak payah nak menunggu giliran di pejabat pos lagi. Jida tinggal order, bayar dan biarkan Shaklee uruskan penghantaran. ? .Senang keje mak, nak.

Lagipun kebanyakan pelanggan boleh tunggu sekiranya proses penghantaran mengambil masa 2-3 hari. Memang ada juga kes-kes tertentu yang perlukan segera supplemen. Maka pada ketika itu, haruslah Jida mintak bantuan Ultraman (iaitu suamiku) untuk terbang ke branch Shaklee.

Menjimatkan wang juga

Cawangan Shaklee yang paling dekat dengan Banting adalah di The Pinnacles, Sunway. Nak ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Dengan tol lagi. Daripada bazir masa dan duit untuk tol dan minyak, baik klik-klik je dari rumah. Senang.

Kecualilah kalau ada kelas atau seminar di sana, barulah Jida ambil peluang buat pembelian secara offline.

Kemudahan semasa bercuti/diluar kawasan

Ingat lagi on the way balik kampung ada order masuk di whatsapp. Alamak, stok pula ada di rumah.

So, penyelesaiannya after customer buat pembayaran. Jida buat sahaja pembelian online. Tak perlu la nak patah balik ambik stok bagai kat umah. Kat mana-mana pun boleh.

Bussiness on the go kata kan! Asal phone dan talian internet ada. Bisnes tetap jalan.

Syukur. Alhamdulillah.

Semoga perjalanan bisnes Jida ini akan makin berkembang dan dapat membantu banyak orang di luar sana untuk hidup lebih sihat. Amin..

Anda juga mahu berbisnes gaya Jida? ?. InshaAllah Jida boleh guide anda hingga mampu dapat bonus bulanan.

Cepat-cepat bertindak sekarang. Anda buat, anda dapat.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [ ID : 933174 ]

013-6691930

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 112 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Bagaimana Pembelian Secara Online Membantu Bisnes Saya Berkembang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!