Bahaya smartphone kepada anda dan Keluarga.

Seiring dengan perkembangan teknologi, semakin hari semakin ramai yang mampu untuk memiliki telefon pintar (smartphone). Saya percaya, rata-rata menggunakannya lebih daripada 10 kali sehari. Tetapi, tahukah anda, bahawa gadget kesayangan anda itu boleh menjadi punca kesihatan anda terganggu? Seperti disenaraikan dari Dailymail, berikut adalah beberapa gangguan kesihatan yang disebabkan oleh penggunaan smartphone :

1. Kerosakan pada mata

Terlalu lama fokus pada benda yang kecil boleh menyebabkan mata kering, yang mana dapat menyebabkan keradangan dan infeksi pada mata. Lebih membimbangkan lagi, telefon juga boleh mempengaruhi penglihatan anak-anak dalam jangka masa panjang. Menurut konsultan penyakit mata dan doktor bedah di Luton & Dunstable University Hospital, Mr Allon Barsam, mengatakan ada kemungkinan bahwa anak-anak yang menatap skrin telefon sepanjang hari boleh menjadi rabun apabila mereka dewasa nanti. Bagi mengurangkan risiko tersebut, anda perlu memperbesar ukuran teks pada smartphone Anda. Selain itu, untuk menghindari silau dari cahaya telefon Anda, gunakan ia di tempat yang terang dan tidak menggunakannya lebih dari 15 minit pada satu-satu masa.

bahaya smartphone-keluarga

2. Penekanan pada tulang belakang

Gadget kesayangan anda ternyata dapat mengubah postur tubuh. Hal ini dijelaskan oleh seorang fisioterapis, Kristen Lord, bahawa postur tubuh kita akan berubah mengikut apa yang kita lakukan setiap hari. Anda akan lebih sering memb0ngk0kkan badan anda ketika anda melihat sesuatu pada skrin telefon pintar atau tablet. Posisi ini akan memberikan tekanan pada bahagian atas tulang belakang dan saraf pada kepala Anda. Keadaan ini menyebabkan sakit kepala, perasaan lelah, dan kaku. Maka, cubalah untuk memegang telefon anda dengan kedudukan telefon berdepan anda supaya anda tidak selalu harus membongkok saat menggunakannya.

3. Mengendurkan Rahang

Terlalu sering melihat ke bawah saat menggunakan smartphone boleh juga menyebabkan rahang Anda menjadi kendur. Hal ini, sangat merisaukankan terutama oleh kaum wanita. Tipsnya, cubalah untuk memegang telefon anda di depan Anda, bukan di bawah permukaan dada agar anda tidak selalu memb0ngkok dan melihat ke bawah.

4. Menyebabkan Jerawat

Percaya tak, penggunaan telefon juga dapat menyebabkan jerawat dan ruam peluh. Sebuah penelitian pada 30 sampel telefon menemukan bahwa sesebuah telefon itu memiliki kuman berbahaya di atasnya 18 kali ganda lebih banyak dari pegangan siraman air di tandas lelaki ( Jejaka2, jgn marah ye kerana bukan tandas wanita yang dibandingkan). Maka, cubalah hindari daripada merapatkan telefon anda pada kulit wajah. Anda boleh menggunakan hands-free kit untuk mengelakkan daripada menempelkan kulit muka ke telefon bimbit. Selain daripada itu, rajin-rajinkanlah diri untuk membersihkan skrin smartphone anda dengan larutan garam.

5. Merosakkan pendengaran

Mendengarkan muzik melalui telefon dapat menyebabkan gangguan pendengaran, maka pastikan volume suara pada smartphone anda berada pada level yang paling rendah, dan juga jangan terlalu sering menggunakannya.

6. Kesukaran untuk Tidur

Komputer, laptop, tablet, dan telefon anda cenderung mengeluarkan cahaya biru yang boleh mengganggu hormon alami manusia untuk tidur. Maka, sebaiknya redupkan kecerahan skrin telefon anda untuk mengurangi risiko susah nak tidur, Sebaiknya, pada malam hari letakkan smartphone anda di luar kamar demi kesihatan anda.

7. Merosakkan Perhubungan.

Seringkali kita fikir bahawa smartphone yang kita gunakan boleh menyebabkan komunikasi antara kita menjadi lebih baik, namun menurut seorang psikologi di University of Bedfordshire, Dr. Emma Short, melalui teknologi anda akan dapati yang anda semakin sukar untuk mengawal cara hidup dan batas-batas dalam kehidupan Anda. Semakin sering anda terlibat dengan aktiviti di media sosial, seperti Twitter dan Facebook, semakin berkurang pula waktu berkualiti yang anda berikan pada teman, kekasih, keluarga, dan rakan kerja anda. Maka, anda perlu membatasi penggunaan smartphone pada waktu-waktu tertentu, seperti saat makan dan berkumpul dengan keluarga, agar hubungan anda tetap terjaga.

bahaya-smartphone2

Akhir kata, walaupun secanggih mana pun teknologi, jangan kita terlalu taksub dengannya. Kecanggihan yang ada digunakan sebaiknya, jangan sampai memudaratkan diri sendiri..Badan sihat, otak sihat, family bahagia.. (slogan yang baru dicipta sebentar tadi..haha…)..

Semoga bermanafaat..Wasalam…

(Visited 238 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!