Balik Kampung Jenguk Mak Ayah

Cuti sekolah ni memang dah plan nak balik kampung. Tapi, suami Jida pula tak dapat ikut sekali balik kampung. Maka, hampir-hampir juga Jida nak batalkan sebab tak berani nak bawa anak dua orang tu sendiri.

Tup..tup..Adik lelaki Jida tiba-tiba datang sini sebab ada urusan, teruslah pujuk dia duduk lama sikit, tunggu sampai cuti sekolah. Mula-mula dia tak nak tunggu sebab lama, akhirnya dia setuju juga untuk balik sama…Horrey!

Teruslah Jida klik-klik tiket AirAsia, usha tiket murah nak balik Kota Bharu. Nasib baik dapat harga Promo dalam waktu terdekat. Lebih kurang je harga tiket flight yang Jida dapat dengan harga tiket bas. Mahal jugak ye tiket bas sekarang. Dah dekat 10 tahun tak naik bas jalan jauh.

So, bermula minggu pertama cuti sekolah, Insha Allah Jida akan berada di kampung. Bestnya, dah lama tak balik rumah mak ayah lama-lama. Alhamdulillah, nasib baik jugak suami bagi izin. Terima Kasih, encik suami. ?

Bukan rumah mak ni. Cilok google.☺
Bukan rumah mak ni. Cilok google.☺

Banyak juga planning yang nak dibuat di kampung ni. Aktiviti adik beradik. Hehe.. Harap-harap sempat lah buat cuti ni.

Ok lah korang. Itu je cerita Jida sepanjang cuti ni. Korang pun mesti ada aktiviti menarik nak buat sepanjang cuti ni kan? Kalau tak keberatan, jom lah kongsikan kat komen bawah ni. Mana tahu boleh bagi idea pada yang lain? Betul tak.

Ok lah, stop sini dulu. Ada masa nanti Jida update lagi ye. Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini. Jom kemas beg balik kampung! ?

(Visited 195 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Balik Kampung Jenguk Mak Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!