Bekal Sihat Anak ke Sekolah

Assalamualaikum..

Anak-anak yang dibekalkan dengan makanan yang dibuat sendiri oleh ibu dirumah adalah lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya. Terdapat beberapa tips khas untuk mommies yang ingin sediakan bekal sihat untuk anak ke sekolah.

bekal-anak-sekolah-sihat

Makanan untuk anak bawa bekal ke sekolah perlulah seimbang. Pastikan ada karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral. Contoh menu yang ringkas, seimbang dan sesuai ialah sandwic. Bukan sandwic yang sama je ye hari-hari? Korang boleh pelbagaikan. Tukar roti pita ke, croissant ke. Pastu letak sosej, ayam ataupun telur. Jangan lupa letak sayur -sayuran seperti salad,bawang, tomato dan timun. Agar sandwic lebih enak dan berkalsium, tambahkan kepingan keju. .Yummy!!

Ingat, makanan untuk kanak-kanak tidak boleh terlalu banyak garam, gula dan minyak.Penggunaan bahan perasa perlu dihadkan.

Untuk minumannya pula, bekalkan anak minuman bersusu dan air kosong. Bukan minuman berperisa seperti kordial ataupun minuman berkarbonat. Jika ingin beri anak jus buah-buahan, pastikan yang anda buat sendiri minuman tersebut tanpa tambah gula.

Snek juga boleh dibekalkan. Oleh itu, disarankan agar anda berikan hanya snek berkhasiat untuk anak. Antara yang sesuai ialah epal, pisang, biskut oat, kismis dan kekacang.

Galakkan anak memilih makanan yang kaya protein seperti daging, produk tenusu, telur dan ikan. Tetapi, pastikan mereka tidak mengambil sosej dan burger setiap hari kerana makanan tersebut banyak lemak. Mengambil sekurang-kurangnya satu hidangan berkarborhidrat setiap hari. Misalnya roti, nasi atau pasta. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Tahun ini anak Jida yang sulung sudah 5 tahun dan mula bersekolah di tadika. Kadang-kadang ada juga dia teringin nak bawa bekal simple ke sekolah. Jadi, bila dia minta tu, kita sebagai ibu bapa turutkan je la, janji ia adalah bekal sihat untuk anak ke sekolah. Pemakanan yang sihat membantu pertumbuhan anak yang baik mental dan fizikal.  InshaAllah.

(Visited 589 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!