Berisikokah Wanita Hamil & Bayi Baru Lahir Naik Kapal Terbang?

Walaupun kehilangan MH370 masih dirasai hingga kini, namun bukan isu itu yang mahu saya ulas hari ini. Tajuk yang ingin saya kongsikan dengan pembaca adalah mengenai risiko wanita hamil dan bayi baru lahir apabila naik kapal terbang. Kenapa saya nak share ngan semua tentang isu ini. Sudah tentu sebab saya tengah mengandung dan selalu terfikir adakah berisiko untuk saya naik kapal terbang masa mengandung ini. Dan saya juga percaya tentu sahaja ramai ibu-ibu di luar sana yang ada terdetik perasaan seperti itu juga kan.   

kapal-terbang

Untuk info, isu keselamatan ibu hamil apabila menaiki kapal terbang sebagai pengangkutan ke sesuatu destinasi adalah selamat sehingga kandungan anda berusia 36 minggu.

Suatu kajian mengenai risiko menaiki kapal terbang ketika hamil yang diterbitkan dalam Journal of Occupational and Environmental Medicine merumuskan bahawa ia tidak menemui sebarang risiko tinggi komplikasi kehamilan untuk kakitangan syarikat penerbangan mahupun orang awam. Merujuk kepada fakta tersebut, anda dapat melihat bahawa adalah selamat untuk wanita hamil menaiki kapalterbang.

Walau bagaimanapun , kajian tersebut mendapati bahawa kakitangan syarikat penerbangan yang bertugas di awan biru di awal fasa kehamilan adalah berisiko kecil untuk mengalami keguguran berbanding rakan setugas yang tidak melakukan penerbangan pada fasa ini. 

Atas alasan inilah, kebanyakan pengendali syarikat penerbangan melakukan sekatan atau batasan ke atas para ibu hamilyang mahu menggunakan perkhidmatan mereka. Antara lain , mereka turut khuatir anda berisiko untuk melahirkan bayi di dalam pesawat. Biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, anda masih perlu mengambil tahu beberapa factor risiko yang mungkin boleh timbul. 

kapalterbang-mengandung2

1 Radiasi Kosmik

Secara umumnya, terdapat sedikit kesan radiasi kosmik daripada matahari dan ruang angkasa apabila seseorang individu menaiki kapal terbang. Namun, kesannya terlalu sedikit untuk medatangkan masalah kepada kehamilan. Masalah ini boleh terjadi kerana kapal terbang melalui fasa atmosfera yang nipis lalu mengurangkan perlindungan diri terhadap radiasi. Tambahan pula, lebih lama atau lebih kerap anda menaiki kapal terbang malah semakin tinggi paras kapal terbang, lebih banyak pendedahan radiasi kosmik yang boleh anda alami.

Apabila pesawat terbang pada ketinggian 33, 000 kaki, tahap pendedahan radiasi adalah 35 kali lebih banyak berbanding berbanding ketinggian paras laut . Kedegaran seperti sangat berisiko tetapi secara asasnya anda masih selamat. Malah, tiada bukti saintifikyang menunjukkan bahawa dengan menaiki kapal terbang memberi kesan buruk kepada fetus yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi.

2 Risiko thrombosis

Sewaktu hamil, anda berisiko untuk mengalami masalah darah beku dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Hal ini mungkin berpunca daripada tempoh masa pernerbangan yanga anda lalui. Lebih daripada itu, jika anda kurang meminum air dan cenderung mengalami dehidrasi, keadaan ini boleh mencetuskan DVT. Risiko DVT akan bertambah jika anda melakukan penerbangan jarak jauh.

3 Kelahiran Pra Matang

Bagi anda yang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pra matang. Oleh  kerana itulah , kebanyakan doctor tidak mengggalakkan anda menaiki kapal terbang ketika usia kandungan 32 minggu.

4 Keguguran

Ramai yang khuatir tentang komplikasi ini tapi sebenarnya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana ia langsung tiada kaitan dengan penerbangan anda.

Tip: Secara asasnya tiada langsung risiko bagi bayi baru lahir untuk menaiki kapal terbang . Cuma, mungkin berlaku sedikit gangguan terhadapnya yang berpunca daripada perubahan tekanan. Gangguan tersebut akan menyebabkan bayi menangis. Lantaran itu sewaktu berlepas dan mendarat, anda harus menyusukan bayi. Dengan yang demikian, aktiviti menelan yang dilakukan bayi dapat mengurangkan kesan dengungan yang dialaminya. Hal ini kerana aktiviti tersebut berupaya mengurangkan perbezaan tekanan dan menyamaratakan tekanan luar dan dalam telinga bayi.

PANDUAN UNTUK ANDA

1- Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pengendali penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket.

2- Dapatkan nasihat doctor untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risikountuk menaiki kapalterbang. Masalah tersebutterdiri daripada uri bawah, kontraksi pra-matang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal.

3 Dapatkan surat kebenaran daripada doctor.

4 Pakai pakaian yang selesa dan longgar

5 Banyakkan meminum air. Namun, elakkan alcohol.

6 Sentiasa melakukan senaman atau aktiviti regangan.

7 Setiap jam, pastikan anda berjalan-jalan.

8 Minta tempat duduk yang lebih luas untuk memudahkan anda melakukan sebarang aktiviti regangan.

9 Digalakkan memakai compression socks yang boleh dibelli di farmasi.

10 Sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang masa.

 

(Visited 824 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!