Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

berpantang selepas bersalin anakku

Berpantang adalah satu tempoh pemulihan selepas bersalin bagi seseorang ibu demi mengekalkan kesihatan luar dan dalam. Sempena tempoh berpantang 44 hari yang Jida tengah lalui ini , inginlahlah juga hati ini berkongsi info mengenai ‘Berpantang selepas bersalin‘ yang mana mungkin dapat membantu ibu-ibu diluar sana lebih memahami mengenai betapa pentingnya pantang itu kepada anda.  Kenapa perlu lalui tempoh berpantang dengan sabar dan berdisplin.

Pantang Larang Ibu dalam Pantang

Pantang Larang MAKANAN

Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut :-

1- Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang , sotong, ayam dan lain-lain.

2- Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.

3- Makanan yang tajam seperti nenas, air tebu dan sebagainya.

4- Makanan yang berangin seperti nangka, pulut , petai, ubi kayu dan sebagainya.

5- Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

6- Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas seperti kembung perut, cirit birit dan sebagainya.

Pantang Larang LAIN

Selain daripada makanan terdapat pantang larang yang berkaitan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini diadakan untuk kebaikan ibu itu sendiri.

1- Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur.

2- Jangan mengangkat benda -benda berat kerana ia boleh memudaratkan ibu.

3- Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naikke ke kepala dan boleh menjejaskan kesihatan ibu.

4- Pastikan selalu pakai sarung kaki untuk mengelakkan kaki dan tubuh tidak masuk angin. Kalau angin dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.

5- Jangan terlalu aktif. Terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.

Sebaik melahirkan, bermulalah tempoh berpantang seorang ibu.

6- Jangan sesekali duduk mencangkung kerana dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

7- Rapatkan kaki semasa tidur adalah satu cara penyembuhan bahagian peranakan. Jangan sesekali tidur mengangkang.

Memang tidak dapat dinafikan, tempoh berpantang adalah sangat menguji kesabaran seseorang ibu, apalagi bila kita berpantang di bulan raya ni, dugaan terbesar adalah makanan yang enak-enak di Hari Raya. Tahan sahaja lah wahai hati. Kata nak cepat sihat dan nak kurus kan! Berpantang ye ibu-ibu.

(Visited 1,670 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!