Betul ke baju di Butik Lily Taman Sri Manja Murah?

Assalamualaikum semua..

Semalam sempena hari cuti ‘Maulidur Rasul’, teringin lah aku mengajak encik suami pergi jenjalan cuci-cuci mata dan cuci duit di Butik Lily yang orang kata memang murah ni.  Ntah betul ntah tidak, terpaksalah aku pergi check sendiri..Hehehe..terpaksalah sangatkan..

Setelah siap basuh baju dan sarapan, bergeraklah kami ke destinasi yang dituju. Nasib baik suami layankan je walaupun lokasinya agak jauh dari rumah.  Mana boleh tak layan, malam karang dia nak gi mancing plak kan? Tinggal aku ngan anak-anak je kat umah. So, kenalah bawak aku pi jalan-jalan sampai puas hati dulu..Mwahaha(gelak jahat)…Target aku, nak hunt for baju siap at least sepasang…

Butik Lily ni terletak di Petaling Jaya, Selangor. Alamat  perniagaannya ialah :-

LHY Boutique Collection Enterprise,
Lot 2, No. 1, Jln. PJS 3/61,
Taman Sri Manja,
46000 Petaling Jaya, Selangor.

butik lily taman sri manja_ruzidah
logo butik lily

Masuk-masuk je kedai dia, dah nampak dah baju yang harganya cuma RM12. Memang gila murah lah..Kalau pasar malam dekat rumah sewa memang tak jumpalah baju semurah tu.. Paling kurang RM20. Baju kurung dan jubah pun ada yang semurah RM 29 ..Percaya tak? Kalau hantar pi upah jahit baju pun tak lepas. Macammana la dia boleh bagi harga macam tu.

Tapi yang tak bestnya kat situ tak boleh ambik gambar..huhuhu…Jadi, tak dapatlah nak tunjukkan kemeriahannya..Pastu, untuk baju freesize tak boleh try dulu tau. Kalau rasa-rasa berkenan di hati, terus grab je. Tak boleh tukar-tukar kalau tak muat.

Walaupun takde baju siap yang berkenan di hati. Aku berjaya la jugak beli satu blouse jeans lembut (RM12), blouse purple (RM19), seluar palazo pun warna purple ( RM12). Total RM43. Dapat 3 helai pakaian. Bestkan. Kat luar mana nak dapat tu. Pakaiannya pun masih dalam plastik. Nanti, ada masa aku show off dalam blog ni nanti. Insya Allah.

Sesiapa yang pernah jengah Butik Lily ni, pls feel free to comment. Mana tau dapat membantu kawan-kawan kita kat luar tu yang mana nak cari baju.  Maybe boleh share based on experience korang.

Thank u.

 

 

(Visited 2,833 times, 42 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!